“Nanti Kalau Kena Rempuh Dengan L0ri, Tak PasaI PasaI Jadi BaIu, Duda” – Netizen Berang Dengan 0rang Yang S0Iat Tepi JaIan

Kesempatan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha digunakan sepenuhnya untuk warga kota pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.

Senario jalan raya sesak menjadi lumrah setiap kali cuti perayaan.

Namun, seperkara yang menjadi bualan hangat di media sosial apabila sekeping foto beberapa pengguna jalan raya yang berhenti di kaki lebuh raya untuk menunaikan solat.

Menerusi perkongsian Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor, situasi itu disebabkan keadaan surau kawasan Rehat dan Rawat (RnR) yang terlalu penuh.

Komen Komen Netizen Yang Berang

“ Allahu, balik kampung dan surah highway terlalu penuh. Moga ditambah baik surau RnR,” tulisnya menerusi Facebook.

Sementara itu, kata menerusi akaun media sosial Jentik Hati, foto yang difahamkan dari Ustaz Zarul Salleh itu diambil ketika perjalanan ke negeri di Pantai Timur.

“ Dulu suasana macam ni kita boleh tengok kat oversea je terutama masa dekat mesir.

“ Tapi sekarang ianya berlaku di Malaysia guys. MasyaAllah.

“ Allah indahnya kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah pasti Allah jaga hubungan dengan kita. Ni dikatakan perjalanan ke Pantai Timur,” tulis pengendali akaun itu.

Bagaimanapun, segelintir netizen meluahkan rasa bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya yang berhenti di laluan kecemasan itu untuk menunaikan solat.

Malah, ada yang menyarankan pengguna yang bermusafir untuk menunaikan solat jamak atau qada.

“ Islam tak pernah menyusahkan umatnya. Umatnya yang benak bodoh menyusahkan diri, kemudian tunggang agama,” tulis seorang pengguna di Twitter.

“ Nak marah, tengah solat. Seelok-eloknya carilah RnR. Kalau penuh tak apa, qada’. Kalau musafir, solat jamak. Ingat, Allah itu memahami dan ingat juga menyebabkan kesulitan pada orang lain pun tak elok juga,” tambah pengguna lain.

“ Rukhsah musafir stuck dalam traffic jam boleh jamak, qada dan solat dalam kereta. Tak perlulah berhenti tepi jalan begini. Bahaya dan membahayakan.

“ Orang bukan Islam pun nampak agama kita membebankan,” saran pengguna lain pula.

Sementara itu, jelas seorang pengguna yang difahamkan ahli keluarga kepada individu dalam foto terbabit, @Sharizanis, ibunya ketika itu berhenti di bahu jalan untuk menunaikan solat Subuh.

“ Itu solat Subuh. Siapa ajar jamak Subuh tu meh nak cubit sikit.

Namun , yang paling mencuit hati admin adalah kicauan daripada seorang pengguna twitter @najwanhalimi yang berbunyi seperti di bawah ini

Sumber: Gempak.com

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*