Tak Sangka Isu Jadi Besar, Penerbit Mohon Maaf Tentang Logo Jata Negara

KUALA LUMPUR: Penerbit buku yang menimbulkan kontr0vrsl selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghlna logo Jata Negara meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan perkara itu.

Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, berkata pihaknya tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar.

“ Gambar berkenaan adalah salah satu lukisan lama yang pernah dipamerkan di beberapa pameran termasuk di Sarawak beberapa tahun lalu.

“ Pada masa itu tiada pula timbul isu, maka saya rasa bila ia diputuskan untuk dijadikan gambar pada kulit buku berkenaan tidak akan timbul masalah.

“ Tetapi tak sangka pula ia jadi isu dan menyebabkan beberapa pihak tersnggung… saya memang tiada niat untuk berbuat demikian, perkara ini bukan disengajakan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Ton Sin berkata, beliau meminta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perkara itu dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak poIis untuk membantu siasatan.

“ Semalam ada beberapa anggota poIis datang ke pejabat tetapi saya tidak berada di situ kerana keluar makan tengah hari.

“ Mungkin hari ini atau esok mereka akan datang semula atau akan panggil saya ke Bukit Aman (untuk dirakam percakapan). Saya sedang menunggu,” katanya.

Difahamkan, buku Rebirth: Reformasi, Reslstance, And Hope ln New Malaysia itu diterbitkan awal tahun ini dan lebih 300 naskhah sudah terjual.

Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu menggunakan visual mirip Jata Negara, mendapat perhatian sejak beberapa hari kebelakangan ini kerana penggunaan gambar yang dikatakan menghlna Jata Ngara selepas perkara itu tersebar di media sosiial.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial dan FB, lukisan mirip Jata Negara itu memaparkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.

Semalam, BH melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sudah mengarahkan pihak poIis menyiasat segera dan mengambil tindakan perlu kerana perbuatan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik.

Sementara itu, pihak poIis memaklumkan sudah menerima 21 lap0ran poIis yang dibuat pelbagai pihak berhubung buku berkenaan.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat menurut beberapa akta termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Kes juga disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata, beberapa individu termasuk pengarang, penerbit dan mereka yang mempunyai kaitan atau terbabit dalam penghasilan buku itu akan dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan serta membantu siasatan.

ONLINE MALAYA / BHARIAN ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*