Najib Razak Bayar Ikat Jamin 1 Juta Hari Ini. Tapi Ramai Tertanya Dari Mana Datang Duit Jaminan Itu

KUALA LUMPUR: Sehari selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan membabitkan SRC International Sdn Bhd oleh Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Najib Razak hadir sekali lagi membayar ikat jamin sebanyak RM1 juta.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu hadir pada jam 1 tengah hari ditemani anak lelakinya, Norashman, selaku penjamin.

Kira-kira setengah jam kemudian, Najib dilihat keluar dari kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi selepas selesai membayar ikat jamin.

Sebelum beredar meninggalkan perkarangan mahkamah, Najib sempat berseloroh kepada petugas media yang menunggu dengan berkata, ā€œsemalam dah banyak gambar.ā€

Najib kemudian beredar dari mahkamah dengan menaiki kereta Proton Perdana.

Najib, 67, membayar ikat jamin RM1 juta itu selepas mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah turut memerintahkan Najib melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan salah guna, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan.

Sumber: BH Online

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*