Syed Saddiq Kata Dia Menentang Bersatu ‘Saya Tidak Akan Bekerjasama Dengan Perasuah’

KETUA Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Abdul Rahman tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dan mendirikan kerajaan dengan golongan perasuah.

Menurutnya, pendiriannya itu bukan lagi kepada soal parti atau majoriti sebaliknya ia menyentuh soal identiti dan integriti.

” Saya menjadi ahli politik kerana pada masa itu negara saya dih1na, dikeji dan dimalukan dengan salah laku serta rasuah di mata dunia. Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah negara yang lebih baik, bebas rasuah, dihormati dan bermaruah.

” Saya ingin tegaskan satu perkara, saya tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan perasuah, jauh sekali bersetuju untuk mendirikan kerajaan bersama dengan mereka,” katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya @SyedSaddiq, hari ini.

Syed Saddiq berkata, beliau percaya pendiriannya itu tidak akan disenangi segelintir ahli politik.

Ini bukan lagi soal parti atau majoriti.
Ini soal identiti & integriti.

Saya faham pendirian saya tidak akan disenangi oleh segelintir ahli politik. Tetapi ahli politik datang dan pergi. Rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini.

Biar m4ti bermaruah, jangan hidup dijajah.

https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1233542775515369477?s=20

“ Ahli politik datang dan pergi, rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini. Biar mat1 bermaruah jangan hidup dijajah,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya dilaporkan berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin diputuskan sebagai calon Perdana Menteri kelapan dalam mesyuarat yang dihadiri 36 Ahli Parlimen parti itu di Yayasan Al-Bukhary.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi kenyataan bersama juga mengumumkan 57 Ahli Parlimen Muafakat Nasional bersetuju mencalonkan Muhyiddin.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber Harian Metro, twitter

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*