TERKINI, Shafie Apdal Mengumumkan YDP Telah Perkenan Untuk Bubar DUN

12.05 – Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkata Yang Di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin sudah memberi perkenan untuk pembubaran dewan undangan negeri Sabah.
Shafie memaklumkan perkara itu dalam sidang medianya sebentar tadi.

“ Pagi tadi saya bertemu Yang Di-Pertua Negeri dan telah diperakukah untuk bubar dewan,” katanya.

DUN Sabah Dibubarkan, Rakyat Sabah Diberi Kuasa Untuk Pilih Musa Aman Atau Shafie Afdal

Ketua Menteri Sabah mengumumkan Yang Di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin telah berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Dalam sidang media hari ini, Shafie berkata Juhar menyatakan perkenannya dalam pertemuan pagi ini.

“ Setelah buat surat semalam, saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat (permohonan pembubaran DUN).

“ Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubarkan Dewan,” katanya dalam sidang media yang turut disertai sejumlah Adun yang menyokongnya.

“ Apa pun cerita mereka mahu pergi istana mahu angkat (sumpah) sana angkat sini, Dewan sudah dibubarkan,” katanya lagi.

DUN Sabah bubar hari ini

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuat kuasa hari ini. Pembubaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media khas pagi ini.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), berkata permohonan pembubaran itu sudah diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pagi ini.

” Saya berjumpa dengan Tun pagi ini dan atas kuasa Tun mengikut Perlembagaan Sabah beliau bersetuju (pembubaran DUN Sabah). 

” Perakuan ini bagi membolehkan pilihan raya negeri dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 60 hari.

” Kita serahkan balik mandat kepada rakyat untuk menentukan siapa yang layak membentuk kerajaan negeri yang baharu. Saya yakin rakyat akan membuat keputusan yang bijak.

” Berikutan itu, cerita pasal apa saja angka dan nombor, angkat sana, angkat ini, DUN sudah terbubar,” katanya.

Mohd Shafie berkata, beliau kekal sebagai Ketua Menteri sehingga selesai pilihan raya negeri dikendalikan SPR.

Krisis politik Sabah mencapai kemuncak petang semalam, apabila bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menunjukkan surat watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah yang telah ditandatangani oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pagi tadi. – Foto BERNAMA

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*