Apa Anda Nak Buat Jika Anda Nampak Tiba Tiba Ada Orang Cop Parking. Ini Tips Untuk Anda Dan Boleh Berjaya

Kebelakangan ini, cop parkir kereta menjadi satu trend dalam kalangan pemandu di Malaysia. Mereka menghantar seseorang berdiri di petak parkir dan menghalang pemandu lain untuk mengambil petak tersebut.

Namun perbuatan tersebut merupakan salah disisi undang-undang. Menerusi posting seorang pengguna Facebook, En. Sharul, beliau berkongsikan bahawa perbuatan terbabit merupakan satu kesalahan jenayah dan si pelaku boleh dikenakan hukuman.

Boleh digunapakai di mana-mana

Sebarkan:

Perbuatan cop petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan JENAYAH dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman yang dikenakan

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Untuk Aduan

Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:

1. Whatsapp ke 011-5111 5252

2. Emel ke [email protected]

3. Tel: 03-8886 6412.

Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kernderaan, butiran kejadian.

(Nota: Untuk makluman, saya telah terlibat di dalam bidang undang-undang selama lebih 20 tahun.)

Sumber: En. Sharul via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*