Terkini

Jual Dendeng Nyet Berapi RM39.90, pembeli rayu Khairul Aming turunkan harga di Sarawak

PEMPENGARUH terkenal tanah air Khairul Aming sekali lagi menjadi bualan ramai sejak beliau mencipta rekod bagi nilai jualan Dendeng Nyet Berapi sebanyak RM1 juta melalui TikTok Shop.

Bagi mereka yang meminati produk beliau, mereka pasti sanggup untuk beratur membeli makanan yang dijual.

Dalam pada itu, seorang pengguna di media sosial X dengan nama @folkoreswifty telah mengeluh mengenai harga Dendeng Nyet Berapi yang dijual di Sarawak.

Menerusi hantarannya di X, dia memahami kos produksi untuk barang dihantar ke Sarawak tetapi harga RM39.90 itu merupakan harga tiga kali ganda berbanding atas talian yang hanya RM14.90.

“Dendeng Nyet Berapi dijual pada harga RM39.90 di sebuah pasar raya di Sarawak.

“Saya tahu kos penghantaran mahal tetapi RM39.90 hampir tiga kali ganda harga dalam talian (RM14.90).

“Saya nak sokong awak (@Khairulaming) tetapi ia terlalu mahal, saya harao anda boleh menyesuaikan kos anda dan menurunkan harga, terima kasih,” katanya menerusi hantaran di X miliknya.

Hantaran itu mendapat perhatian ramai netizen di ruangan komen yang meminta Khairul Aming mengambil perhatian serius berhubung isu ini.

Bagaimanapun, ramai yang mempersoal mengapa produk buatan tempatan dijual mahal sedangkan barangan import luar negara pula boleh dijual dengan harga yang berpatutan.

Terdahulu, Dendeng Nyet Berapi oleh Khairul Aming sekali lagi mencipta sejarah tersendiri selepas menerima mengukir namanya dalam Malaysia Book of Records.

Produk kedua beliau berjaya memecah rekod jualan terpantas iaitu hanya mengambil masa 3 minit 39 saat untuk kesemua stok beliau habis dijual.

Reod yang dihasilkan menjadikan Dendeng Nyet Berapi itu muncul sebagai produk terpantas berjaya merais jumlah jualan mencecah tujuh angka di Tiktok. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top