Kentang Bukan Sahaja Sedap Dimakan Goreng Tetapi Kentang Juga Boleh Menyalakan Lampu. Ini Cara Caranya

Selain digunakan untuk makan, tahukah anda kentang juga boleh digunakan untuk menyalakan lampu mentol?

Kentang dilaporkan kaya dengan vitamin B6, C dan D serta mineral seperti potasium, zink, iron, calcium, phosphorus, dan magnesium.

Menariknya, kentang juga mampu bertindak sebagai bateri yang boleh menyalakan lampu. Professor Haim Rabinowitch daripada Hebrew University of Jerusalem berjaya menemui cara untuk menukarkan kentang rebus kepada bateri.

kentang rebus boleh guna untuk nyalakan mentol bilik selama 40 hari

Kajian oleh kumpulan professor ini menunjukkan, kentang yang direbus selama 8 minit mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi untuk menyalakan mentol selama 40 hari. Malah, kos yang digunakan kentang adalah 6 kali lebih murah daripada minyak kerosene dan 50 kali lebih murah daripada bateri AA standard 1.5 volt.

Bahan yang digunakan untuk menjadikan kentang sebagai bateri adalah seperti 2 keping rod besi, kepingan kuprum, kepingan zink dan klip berwayar.

Bagaimana Menyalakan Lampu Dengan Kentang

Percaya tak korang kuasa kentang boleh menyalakan lampu? Dalam erti kata lain kentang sebenarnya boleh mengalirkan elektrik. Ya, kerana kentang mempunyai kandungan asid fosforus yang tinggi. Kandungan asid ini membantu pengaliran ion di antara 2 elektrod yang terdiri dari zink dan copper atau tembaga. Jom kita tengok bagaimana menyalakan lampu dengan kentang.

Sebelum itu kita perlu menyediakan beberapa benda:

1. Kentang

2. Elektrod zink (boleh cari paku zink)

3. Elektrod tembaga (dawai tembaga)

4. Wayar (kalau boleh cari apit buaya)

5. Mentol (kecik cukuplah)

Ok cara-caranya mari kita tengok:

1. Ambil sebiji kentang segar dan potong 2 bahagian.

2. Telengkupkan kentang tersebut dengan bahagian yang dipotong mengadap ke bawah.

3. Cucuk paku zink di sebelah penjuru dan dawai tembaga di penjuru yang sebelah lagi.

4. Dengan menggunakan wayar dan apit buaya sambungkan paku zink dan dawai tembaga tersebut terus ke mentol.

5. Jika mentol tidak menyala tukar terminal pada mentol atau alihkan saja wayar yang menyambungkan paku zink dan dawai tembaga.

6. Kalau dah tukar terminal mentol masih lagi tak menyala, bermakna kuasa kentang tidak mencukupi untuk mentol tersebut. Boleh tambah kentang dan aturkan menjadi litar siri.

7. Kalau dah tambah kentang mentol masih lagi tak menyala, erm pergi jelah beli bateri. Korang tak payahlah nyusah-nyusah buat eksperimen ni…

Sekian selamat mencuba.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*