Tak payah beli pewangi mahal2 kalau nak rumah sentiasa wangi, gunalah cara ini

Tips yang di kongsi AsriSitiDeco melalui ruangan page mereka, sangat berguna untuk kita. Tak perlu beli pewangi mahal, hanya menggunakan sabun eco rm2 sahaja, rumah anda akan nampak unik dan wangi. Jom kita baca tips dari mereka.

Tips of the day..

Kalau nak rumah sentiasa wangi & tak payah beli pewangi mahal2.. Gunalah cara ni..

Beli sabun mandi (kurang dari RM1 sebiji) dan letak dalam bakul comel2 mcm ni.. Confirm rumah bau harummm semerbak.. Tak sampai pun RM15 hengget.. Boleh tahan berbulan2.. Susun untuk dijadikan deco pun boleh.. Pilih ikut warna n bau kesukaan masing2.. Nak naikkan bau just spray sikit air.. Nanti bau akan naik balik..

Btw, basket comel ni beli dari kak Lovely Daisy.. Boleh usha fb beliau.. Macam2 barang deco comel2 ada.. p serbuuuu..

wah sangat mudah, unik dan menarik untuk kita cuba tips deko rumah lebih jimat.

Lagi saya kongsikan tips wangian rumah yang lebih jimat dan semulajadi yang boleh anda cuba.

Bau yang harum turut dikatakan boleh menghidupkan suasana ceria di samping memberikan ketenangan sepanjang masa.

Bagaimanapun, anda boleh manfaatkan tanaman di sekeliling kediaman tanpa perlu mengeluarkan belanja besar.

Letakkan hirisan buah dan kulit oren, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang dalam periuk berisi air secukupnya.

Didihkan di atas api yang sederhana dan dalam beberapa minit, ruang dapur terutamanya dipenuhi aroma hangat, bersih dan menyegarkan.

Anda juga boleh menggunakan daun pandan. Selain dimasukkan dalam masakan untuk aroma wangi, pandan juga boleh dijadikan wangian semula jadi di dalam rumah.

Hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh kira-kira dua minggu.

Selain itu, kelopak bunga mawar yang diracik halus dan dicampur bersama daun pandan menjadi bunga rampai.

Masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpuri semula jadi.

Di samping itu, serai wangi selain menghalau nyamuk dan serangga juga mampu menghasilkan aroma segar.

Luangkan masa untuk menyediakan lidi bulu, balang dan minyak pati pilihan anda.

Isikan balang dengan minyak pati pilihan dan selebihnya dengan minyak bayi.

Ia akan menyerap ke dalam lidi buluh dan meninggalkan bilik anda bau yang cukup nyaman.

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama

Sumber : asrimerisanthony

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*