Tular Rakaman Ibu Suruh Ustazah Merangkak, Gara Gara Sakit Hati Anak Kena Denda

Jika dahulu, apabila dimarahi guru disekolah kita takut hendak mengadu sebab memang selalunya salah kita. Tapi, senario sekarang sudah berubah, guru pula yang kena marah dengan ibu bapa jika mendenda anak murid.

Begitu juga yang terjadi kepada ustazah sekolah agama ini, apabila salah seorang daripada ibu pelajar di kelasnya naik angin selepas anaknya didenda sehingga dikatakan sampai cedera.

Ibu suruh cikgu merangkak

Kini tular video, dipercayai ibu tersebut telah datang ke sekolah dan meminta ustazah itu merangkak mengelilingi kelas sambil disaksikan murid, sebagai hukuman kerana mendenda anaknya merangkak.

Dimalukan depan anak2 murid

Melihat rakaman tersebut, rata-rata netizen mengkritik tindakan ibu tersebut kerana disifatkan seperti menjatuhkan martabat seorang guru.

Anak Anak rosak sebab ada perangai mak bapak macam ni

Siapa mak budak ni!

peguam tawar khidmat bantu ā€˜ustazah merangkakā€™ ambil tindakan

Berkenaan video tular memaparkan ustazah disuruh merangkak mengelilingi kelas oleh seorang wanita, dipercayai ibu kepada murid terbabit, telah mendapat perhatian seorang peguam.

Menerusi satu hantaran di Facebook peguam tersebut yang dikenali sebagai, Nurhidayaty Maidin, memaklumkan mahu membantu ustazah berkenaan mengambil tindakan undang-undang.

Tolong saya cari ustazah ni

Dalam hantarannya, dia meminta agar para netizen membantu untuk mengesan ustazah terbabit, sehingga dapat berjumpa untuk memberikan nasihat mengikut undang-undang, berkenaan penghinaan yang berlaku terhadap guru itu.

Menerusi entrinya, peguam itu berpendapat bahawa tindakan ibu terbabit telah dianggap melampau, kerana menjatuhkan maruah guru, sedangkan ada saluran yang lebih baik digunakan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Berkenaan video tular memaparkan ustazah disuruh merangkak mengelilingi kelas oleh seorang wanita, dipercayai ibu kepada murid terbabit, telah mendapat perhatian seorang peguam.

Menerusi satu hantaran di Facebook peguam tersebut yang dikenali sebagai, Nurhidayaty Maidin, memaklumkan mahu membantu ustazah berkenaan mengambil tindakan undang-undang.

Video itu nak dijadikan bukti

Difahamkan, sebelum ini peguam itu telah berkongsi video tular ustazah terbabit, namun terpaksa dipadam berikutan ada beberapa netizen yang kurang senang.

Bagaimana pun, mengulas tindakannya memuat naik video itu, adalah untuk dijadikan sebagai bukti bagi membawa kes ini ke muka pengadilan.

Justeru, bagi sesiapa yang ada maklumat mengenai ustazah itu, sila hubungi puan Nurhidayaty. Perkara seperti ini perlu dijadikan pengajaran buat para ibu bapa dan institusi pendidikan, supaya tidak sesuka hati menghukum tanpa mengikut saluran yang betul.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber :Ā Nurhidayaty Maidin

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

4 Comments

    • Betul tu azam.. patut kita bersyukur anak kita diberikan didikan agama yang tak sepenuhnya kita dapat ajar.. kena siasat dulu kenapa anak tu kena denda..tak perlulah melatah dan buat tindakan suka hati. ilmu yang diajar seikhlas hati kepada anak murid, patut dibalas baik…bukan dihina macam tu.

  1. Ibu acuan anak Yg paling terbaik.. Xkira ler di rumah atau di mana sajer.. Andai kata guru itu salah perkara boleh dibawa bincang.. Anak2 akan hilang rasa hormat pada ibu bapa adik beradik.. Kawan apa lagi pada guru mereka… Zaman saya sekoiah dulu mcm mna kena marah atau dipukul guru ibu bapa suka sgt2.. Ibu bapa sempat pesan pukul laa cikgu kalau anak saya nakal tapi jgn sampai men cacatkan.. Di waktu zaman Anak2 saya sekolah saya pulak pesan Yg sama pada guru.. Alhamdulillah Anak2 saya berjaya.. Dan bekerjaya Yg bagus… Alhamdulillah… Semuanya dari Allah bersangka baik sesama insan xakan merugikan kita.. In syaa Allah..

  2. Betul tu azam.. patut kita bersyukur anak kita diberikan didikan agama yang tak sepenuhnya kita dapat ajar.. kena siasat dulu kenapa anak tu kena denda..tak perlulah melatah dan buat tindakan suka hati. ilmu yang diajar seikhlas hati kepada anak murid, patut dibalas baik…bukan dihina macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*