Tun Mahathir Dikatakan Telah Hantar Surat Letak Jawatan. Ini Respons Muhyiddin Mohd Yassin

SHAH ALAM – KECOH apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan meletakkan jawatannya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

Sinar Harian difahamkan juga Jabatan Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Difahamkan perkembangan terbaharu itu ada kaitan pensejajaran semula kuasa kepada pakatan baharu.

Sumber : Sinar Harian

Bersatu keluar Pakatan Harapan

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan, hari ini.

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, keputusan itu dibuat dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dalam mesyuarat khas diadakan pada 23 Februari lalu.

“ Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan.

“ Semua mereka menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Kredit:Hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*