‘Tweet Terakhir Saya Sbg YB.’ Seakan Tahu Nasib Tak Lama Lagi, Beberapa Menteri Muatnaik Status Sebak

Susulan pengumuman peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri hari ini, beberapa menteri Kabinet berkongsi status terkini mereka dalam pelbagai medium

Antaranya, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Dzulkelfy menerusi akaun Twitter rasminya yang dimuat naik kira-kira 4 petang tadi, yang turut menyatakan perkembangan semasa COVID-19, memaklumkan bahawa itu adalah tweet terakhir beliau sebagai Menteri Kesihatan.

” Alhamdulillah! 2 lg kes COVID-19 pulih sepenuhnya & discaj hari ini. TIADA kes +ve baru. Kes-14 & Kes-19 sblm ini dirawat di HKL. Jumlah yg tlh pulih sepenuhnya & discaj hingga hari ini 20 org.

” 2 masih dirawat di wad dan stabil.

Tweet saya terakhir sbg YBMK. TK!” katanya.

(Alhamdulillah! Dua lagi kes COVID-19 pulih sepenuhnya dan discaj hari ini. Tiada kes positif baharu. Kes-14 dan kes-19 sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jumlah yang telah pulih sepenuhnya dan discaj hingga hari ini 20 orang. ” Dua masih dirawat di wad dan stabil. Tweet saya terakhir sebagai Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Terima Kasih!” katanya.)

Sementara itu, Salahuddin dalam satu kenyataan media yang diterima Bernama, 3.30 petang ini, memohon maaf dan berterima kasih kepada semua petani, penternak dan nelayan, selama setahun lapan bulan beliau berkhidmat sebagai menteri.

” Setakat ini sahaja hayat saya di MOA dan saya mendoakan semoga nasib anda semua akan terus berubah di bawah kepimpinan MOA yang baharu nanti.

” Saya telah menghabiskan sepanjang hayat saya di MOA untuk memperjuangkan nasib petani, penternak dan nelayan. Sekiranya saya masih gagal, saya sekali lagi memohon sepenuhnya kemaafan anda semua,” katanya.

Beliau turut mendoakan masa depan yang lebih baik buat petani, penternak dan nelayan serta menyatakan niat beliau untuk terus memperjuangkan nasib mereka walaupun tidak lagi bersama kerajaan.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, memaklumkan Dr Mahathir telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, hari ini.

Surat peletakan jawatan itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada pukul 1 tengah hari tadi.

Dr Mahathir turut meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sementara itu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu membuat keputusan untuk keluar daripada PH, dan keputusan tersebut dicapai Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam mesyuarat khas yang diadakan semalam.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dipecat dari parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Mohamed Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak dan 10 anggota PKR, yang juga Ahli Parlimen, turut mengisytiharkan keluar parti dan muafakat Pakatan Harapan, bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.

Dalam pada itu, Hannah Yeoh yang juga Ahli Parlimen Segambut melalui entri Facebook beliau berkongsi pengalaman kerja sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

” Sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, saya telah bekerja setiap hari seolah-olah 24 jam yang kami ada untuk memperbaharui sistem dan memperbaiki dasar di Putrajaya.

” Kakitangan saya akan memberitahu anda berapa kali saya mengingatkan semua orang supaya berusaha sepenuhnya kerana kita perlu memberi kepada rakyat dengan kuasa dan masa yang kita ada.

” Oleh itu, kami bekerja tanpa henti walaupun pada hujung minggu di Segambut kerana kami tidak ambil mudah mandat yang diberikan oleh rakyat, ” menurut kemaskini status di halaman Facebook rasminya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Kredit: hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*