Terkini, Kerajaan Umum Tarikh Akhir Bayaran BSH. Jumlah Yang Bakal Diterima Cecah RM1,080 Kepada Yang Layak. Ini Cara Pengiraannya Yang Ramai Tak Tahu

BAYARAN fasa ketiga bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuat sebelum akhir Julai ini yang membabitkan lima juta penerima.

Ia meliputi 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang dengan implikasi kos sebanyak RM3 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksima empat orang anak.

“ Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat orang anak akan mendapat RM1,080 secara keseluruhan bagi bantuan BSH ini,” katanya dalam laporan Laksana ke-11 pelaksaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), hari ini.

Untuk pemberian BSH, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima bayaran sebanyak RM600 manakala, isi rumah dengan pendapatan antara RM2,001 – RM3,000 (RM350).

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 – RM4,000 akan menerima BSH sebanyak RM250 manakala, golongan bujang (40 tahun ke atas) berpendapatan kurang RM2,000 (RM400).

Menurutnya, seperti diumumkan sebelum ini, pelaksanaan pembayaran secara tunai

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan fasa kedua serta fasa ketiga BSH 2020 bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula pada 1 hingga 31 Julai 2020 dengan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMSabah) dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMSarawak).

“ Usaha ini bakal memanfaatkan 53,325 penerima dengan implikasi kewangan sebanyak RM28.7 juta.

“ PM Sabah dan PM Sarawak akan turun ke lokasi-lokasi yang ditetapkan di kawasan pedalaman bagi memudahkan urusan penerima di kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, sehingga 26 Jun lalu, seramai 10.215 juta penerima BPN telah menerima bantuan ini, yang membawa keseluruhan bayaran BPN ke RM10.90 bilion (daripada RM10.88 bilion minggu lalu) yang mewakili 97.32 peratus tahap pelaksanaan.

Katanya, antara 19 hingga 26 Jun, sebanyak RM20 juta telah dibayar kepada 25,000 penerima BPN melalui bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

“ Bayaran rayuan BPN kepada perayu yang lulus telah dibayar mulai 24 Jun dan sehingga 29 Jun, peruntukan yang terbabit adalah sebanyak RM139 juta,” katanya

Rata-rata penerima mengucapkan rasa syukur dapat mengurangkan sedikit bebanan mereka

“ Alhamdulillah dapat juga rakyat malaysia yang dlm kesusahan ringan sedikit sebanyak beban di hadapi

TRANSFORMASI PW

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

6 Comments

  1. Terima kaseh kerajaan sekarang sentiasa bantu rakyat.thank you my dear PM.bekas pm Tun M hari hari cakap tado duit malaysia bankrap.Tun M suka hina melayu.

  2. Tun M awak sudah jadi Trilian man apa na lagi.biar Tan Sri Muhiddin jadi PM.rakyat malaysia suka sangat sayang sangat PM kita. Tuhan da tunjok satu anak da pecat dari syarikat Singapore. Tuhan da bagi amaran.dulu sy suka Tun M sekarang sy benci.

  3. Kenapa umur 18tahun keatas hingga 20 xdpt bantuan yg lain semua dpt hmm. Kasihani la kami yg tgh kesusahan jgk nie.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*