5 Bulan Dia Tak Balik Dan Tiba Tiba Dia Balik Buat Kejutan. Tengok Reaksi Mak Dia Bila Terkena Kejutan Anak Dia Sendiri

SELEPAS hampir lima bulan di perantauan, seorang remaja lelaki menjadi perhatian di media sosial apabila tiba-tiba muncul di pintu rumah dan membuat kejutan kepada keluarga tersayang.

Aksi Muhammad Fahmi Mohd Yunus melakukan silap mata untuk mengejutkan ibunya menerima pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menurut pemuda berusia 19 tahun itu, kejutan itu dibuat sebaik pulang ke tanah air selepas pertama kali terpaksa berjauhan dengan keluarganya kerana melanjutkan pelajaran sebagai kadet tentera udara di Maktab Tentera Diraja (RMC), Kanada..

“Asalnya saya tiada perancangan untuk balik cuti Krismas kerana ingatkan tak dapat tiket untuk pulang ke Malaysia malah sudah merancang untuk menghabiskan cuti di rumah keluarga angkat di Amerika Syarikat.

“Tetapi seminggu sebelum cuti bermula, saya dimaklumkan kerajaan Kanada beri tiket penerbangan untuk balik ke Malaysia.

“Asyik-asyik buat surprise dekat¬†girlfriend¬†je, alang-alang saya buat untuk keluarga pula,” katanya ketika dihubungi¬†mStar Online

Menurut anak keempat daripada enam beradik ini, dia sudah lama berhajat untuk melakukan kejutan seperti ini dan hanya menantikan masa yang sesuai.

“Saya dapat idea nak buat kejutan sejak di sekolah asrama lagi. Saya tengok Youtube yang¬†US military¬†balik¬†surprisekan keluarga dan¬†girlfriend¬†mereka.

“Jadi saya pun teringin untuk buat seperti itu. Bila difikir-fikir, ini masa yang sesuai nak buat walaupun baru berjauhan lima bulan dengan keluarga.

“Saya merancang bersama kakak dan adik-adik saya untuk¬†surprisekan ayah dan ibu,” ujarnya.

Ayahnya juga seorang pegawai kanan tentera.

Aksi Fahmi membuat kejutan kepada keluarganya itu menjadi bebenang di laman Twitter sehingga mendapat lebih 18,000 ulang kicau dan lebih 17,000 tanda suka.

Video berdurasi 58 saat memaparkan reaksi kedua-dua ibu bapa terharu melihat kehadiran anak lelaki mereka yang pulang secara mengejut ke tanah air.

Ia mendapat pelbagai respons di laman Twitter sejak ia dimuat naik Khamis lalu.

Fahmi memberitahu ini bukan pertama kali dia melakukan kejutan buat keluarganya malah pernah beberapa kali melakukan perkara sama.

“Semua adik-beradik saya rapat dengan keluarga cuma saya anak yang paling nakal dan selalu buat hal. Bila sekali-sekali saya buat perkara sentimental seperti ini, mesti mereka tak sangka.

“Cuma kali ini saya terfikir untuk rakam dan dijadikan kenangan.

“Yang penting¬†surprise¬†itu menjadi. Reaksi ibu dan ayah seperti mereka tidak percaya sebab dia tak sangka pun saya balik. Reaksi ibu paling kelakar kerana dia menyangka adik lelaki saya, Muhammad Affan buat silap mata dengan menukar baju. Pada hal ia adalah saya,” ujarnya.

Sumber Artikel: Mstar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*