Ibu Ini Cemas Bila Anak Kecilnya Tiba Tiba Tunjuk Bucu Katil Ada Hantu. Bila Diperiksa Ini Rupanya ‘Hantu’ Itu

Memang tak dinafikan, ada anak kecil yang hijabnya terbuka. Sebab itu kadang kadang anak kecil tiba tiba menangis atau meragam dan kadang kala mengamuk seperti ketakutan.

Perkara ini sering berlaku dan apabila ia terjadi kepada anak kecil, para ibu bapa pasti akan risau. Tetapi kisah dibawah ini ‘ending’ dia lain macam sedikit.

[VIDEO] Lebih 12 Ribu Perkongsian Di Twitter, Ibu Ini Cemas Bila Anak Tunjuk ‘Hantu’ Di Penjuru Katil

Setiap kali bayi kecil atau kanak-kanak meragam, pasti ada yang mengaitkan dengan ‘makhluk halus’. Tambahan lagi apabila kanak-kanak itu sendiri mengakui terdapat ‘entiti’ di dalam bilik. Seperti kisah ‘suspen’ yang dikongsi pengguna Twitter ini, anak perempuannya tiba-tiba sahaja menunjukkan kepada satu objek yang berada di dalam bilik. Adui memang suspen betul.. rupa-rupanya!

Nampak jumpa hantu

Mendapat lebih 12k retweet, seorang ibu berkongsi video anak perempuannya yang ternampak hantu. Video berdurasi 15 saat tersebut menunjukkan anaknya sedang ‘point’ tempat hantu berada.

Ramai jugak yang suspen nak tengok rupa bentuk hantu itu. Namun, ini rupanya terjadi. Tak tahu nak menangis ke nak gelak.

Rupa-rupanya..

Rupa-rupanya anak itu sedang menunjukkan mascot hantu pada bungkusan lampin pakai buang yang digantung di kepala katil. Aduh lawak betul! Rata-rata netizen terhibur dengan aksi comel yang mencuit hati anak wanita ini.

Seram beritahu suami anak nampak hantu

Memang cuak betul

Lega hati ibu itu bila hantu bukanlah hantu. Kalau hantu comel macam tu takpe kot ..

Sumber : Syaza via Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*