‘Banyak barang2 baby nak bagi dia…’ – Nak Tolong Rlder Yang Tular Gendong Anak, Anzalna Mahu Bagi Barang2 Baby

Sikap prihatin ditunjukkan pelakon, Anzalna Nasir sekali lagi mencuri tumpuan apabila berhasrat ingin membantu seorang penghantar makanan yang mencari rezeki sambil menggendong anaknya.

Menerusi satu perkongsian InstaStory, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir mahu menghulurkan sumbangan dari segi keperluan bayi sekiranya anak rider tersebut adalah lelaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Anzalna berkata, pelbagai barangan bayi yang boleh disumbangkan apatah lagi dia sememangnya memiliki dua cahaya mata lelaki bernama Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Anak abang (rider) ni lelaki ke? Kalau lelaki, boleh datang ke rumah Anzalna.. banyak barang-barang bayi nak bagi kat dia,” tulis pelakon berusia 34 tahun itu.

Sementara itu, pelakon drama Dendam Aurora itu turut meluahkan penghargaan kepada pendakwah selebriti Ebit Lew yang segera tampil membantu selepas kisah rider berkenaan tular di media sosial.

“Hanya Allah yang dapat membalas jasa Ebit Lew. Rezeki abang ni dapat motor baru,” kata Anzalna.

Hari ini, Ebit menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada bapa tiga anak itu selain memintanya mencari pengasuh supaya bayi digendong tidak perlu dibawa sekali ketika keluar bekerja.

Sebak tengok video tular

Sebak bila lihat video adik ni bawa anaknya sambil kerja menghantar makanan. Motor pinjam dengan mertua. Isteri kerja butik baju. Duit tak cukup. Menangis je masa jumpa tadi. Terharu dapat berjumpa.

“Saya hadiahkan motor baru untuknya dan minta adik ni cari pengasuh untuk anaknya. Nanti saya akan bantu bayar bulanan pengasuh. Ulang kali abang ni ucap terima kasih,” kongsi Ebit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Kisah lelaki yang juga bapa tiga anak itu mengundang sebak ramai selepas seorang pengguna aplikasi TikTok, @abamskhai melihat kesungguhan ‘rider’ tersebut di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur sebelum bertanya lebih lanjut mengenai situasi sebenar.

Usung anak umur setahun

Klik Di sini Untuk Lihat Vldeo Dari Tlkt0k

Kasih sayang ayah

Klik Disini Untuk Lihat Video Kedua dari Tlkt0k

Sumber/Kredit: lnstagram Anzalna Nasir , Facebook & Instagram Ebit Lew , TikTok @abamskhai

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*