Elak Kena ViraI, Pemuda Terus Tampil Jelaskan Sebab 18 Orng di Dalam Rumah, Tak Lggar S0P Aidilfitri!

KECOH di aplikasi TikTok mengenai satu video yang menunjukkan banyak kereta dan motosikal di pekarangan sebuah rumah banglo dua tingkat ketika sambutan Aidilfitri.

“Tadi ada orang datang kenapa banyak sangat kereta kat rumah ni. Saya cakap kereta ni semua adik-adik dan keluarga saya punya kat satu rumah,” kata seorang pemuda bagi menjawab persoalan mengenai pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri.

Beberapa hari sebelum ketibaan 1 Syawal, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan ziarah rumah ke rumah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini tidak dibenarkan.

Pemuda berkenaan, Mohamad Muzakkir Azman menjelaskan, dia tinggal bersama ibu bapa dan enam lagi adik-beradiknya di Kota Bharu, Kelantan.

Dua buah kereta diletakkan di luar rumah.

Walaupun ada antara adik-beradiknya yang sudah berkhwin mempunyai rumah sendiri yang terletak berdekatan tetapi mereka masih bermalam di rumah keluarganya.

“Sejak awal Ramadan lalu, malah sebelum PKP (Perntah Kawalan Pergerakan) lagi, kami satu keluarga tinggal serumah. Ia merupakan tradisi keluarga kami setiap tahun.

“Mak suka anak-anak duduk sekali walaupun ada yang sudah berkhwin dan mempunyai ank. Pada masa sama, kami adk-beradk juga suka berkumpul bersama,” kata pemuda berusia 27 tahun itu kepada mStar.

Berbuka puasa bersama keluarga sejak awal Ramadan.

Lebih dikenali sebagai Oppa, katanya, terdapat sembilan kereta dan 12 motosikal di pekarangan rumahnya, yang dimiliki ibu bapa dan adik-beradiknya.

“Ayah dan mak saya sendiri masing-masing ada dua kereta termasuk sebuah kereta saya. Lain-lain adalah kereta kepunyaan adik-beradik.

“Motosikal pula dimiliki ayah dan adik-beradik. Ada juga motosikal untuk kegunaan staf yang diletakkan di rumah,” ujar anak sulung daripada tujuh beradik lelaki itu.

Menurut anak kelahiran Kelantan itu, keluarganya mengusahakan bisnes restoran di Kota Bharu, sekali gus memudahkan urusan apabila tinggal serumah.

S0Iat berjemaah di rumah.

Mengulas lanjut, rumah tersebut didiami oleh 18 ahli keluarga termasuk dirinya dan ibu bapanya, adik-beradik, ipar dan lima anak saudara berusia antara enam bulan dan tujuh tahun.

“Rumah ni ada empat bilik. Selebihnya yang tak tidur di bilik akan tidur di dua ruang tamu, satu di tingkat bawah dan satu lagi di tingkat atas,” katanya.

Mak suka anak-anak duduk sekali walaupun ada yang sudah berkhwin dan mempunyai anak. Pada masa sama, kami adik-beradik juga suka berkumpul bersama

OPPA

Sehubungan itu, Oppa berkata, tidak timbul isu keluarganya melnggar prosdur oprasi standard (SOP) Aidilfitri yang tidak membenarkan ziarah dari rumah ke rumah kerana mereka terlebih dahulu tinggal serumah sebelum pelaksanaan PKP.

“Banyak kereta dan motosikal di rumah tidak bermakna kami datang berziarah dari rumah lain-lain. Sebaliknya, kami tinggal di bawah satu bumbung.

“Mak ayah juga ada beli sebuah banglo dekat Kota Bharu yang masih dalam pembinaan, di mana menempatkan setiap bilik untuk mak ayah dan semua adik-beradik tinggal di bawah satu bumbung. Ia dijangka siap selewat-lewatnya awal tahun depan,” katanya.

Keluarga Oppa menyambut Aidilfitri bersama.

Oppa yang mengusahakan bisnes kosmetik berkata, jumlah ahli keluarga yang ramai tinggal di bawah satu bumbung memberi banyak kelebihan selain penjagaan rumah sentiasa terjamin.

“Tiada isu tinggal berjauhan kerana adik-beradik kerja berdekatan dan mengusahakan bisnes keluarga bersama. Ipar-ipar juga orang Kelantan.

“Memang meriah bila ramai-ramai tinggal satu rumah. Lebih-lebih lagi ada budak-budak kecil, riuh-rendah jadinya. Memang seronok dapat beraya bersama,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber/Kredit : hmetr0, asiakini

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*