Astro Tampil Beri Penjelasan Selepas Aliff Syukri Dakwa Dilayan Macam Budak Sekolah  Ketika GV 5

Dato Aliff Syukri Terlajak Laris merupakan penaja utama untuk rancangan popular Gegar Vaganza 5 tetapi baru baru ini beliau dilanda kontroversi dimana beliau telah tersalah cakap dan menyebabkan beliau hampir disaman.

Beliau telah membuat keputusan untuk tidak hadir ke konsert yang lalu kerana dinasihat oleh isteri beliau sendiri iaitu Datin Shahida.
Aliff Syukri Malu?
Pada malam Gegar Vaganza Final, Dato Aliff Syukri membuat kejutan dimana beliau hadir tetapi pada mulanya beliau hanya menghantar 2 orang anaknya untuk duduk di kerusi beliau dan terkejut hos Gegar Vaganza Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Tiba tiba, Aliff Syukri keluar dari pintu masuk dewan dengan ditemani beberapa orang penari. Ini untuk mempromosikan lagu terbaru beliau, Biar Apa Orang Nak Kata yang telah dilancarkan di dalam Youtube channel beliau TV Terlajak Laris.

Dato Aliff Syukri hanya diberikan beberapa minit sahaja dan jelas menunjukkan beliau miming dan bukan Live.

Selepas beliau turun dari pentas Gegar Vaganza, beliau telah memuat naik satu status kecewa di instagram rasmi beliau.

Kenapa beliau rasa kecewa? Adakah kerana Nabil dan Jihan bergurau agak kasar dengan Aliff Syukri. Beliau rasa terhina kerana itu? Lihat video di bawah.

Datang Ke tak alip syukri? #finalgv5

Posted by Viddy Media on Sunday, November 18, 2018

Ini Penjelasan Sebenar Aliff Syukri
Tidak lama selepas itu, Dato Aliff Syukri memuat naik 1 video untuk menjelaskan apa sebenar yang berlaku sebelum beliau keluar ke pentas Gegar Vaganza untuk mempromosikan lagu terbaru beliau.

Ini kenyataan Aliff Syukri di laman instagram.

kalau sy tahu tak tadi jadi mcm ni tak payah yanyi lagi bagus .. sy mohon maaf kat @datoserivida , @datosrisalmahismail @zoeyrahman dan @kakgirlsebenar yg dtg jauh2 tadi septutnya mereka join sekali menari tpi berlaku perkara yg sy tak rancang… dimana mereka buat saya mcm budak sekolah😰 kalau mana yg nak tngok full song #biarapaorgkata lagu ni dah relase di youtube sy tv terlajaklaris ..

Video Penuh

Aliff Syukri Sentap

Punca Sebenar Kenapa Aliff Syukri Sentap Di Final Gegar Vaganza

Posted by Viddy Media on Sunday, November 18, 2018

sumber: KL Viral

Aliff Syukri terkilan bayar berjuta tapi dilayan macam budak sekolah… Ini komen Astro!

ISU Datuk Seri Aliff Syukri dikatakan meninggalkan malam akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) pada Ahad kerana tidak berpuas hari dengan Astro mungkin hanya salah faham.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, pada awalnya tiada sebarang isu yang timbul membabitkan kedua-dua pihak kerana semuanya sudah dinyatakan secara jelas dalam perbincangan.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut punca menyebabkan Aliff memuat naik rakaman video menyatakan perasaan kurang berpuas hati dengan layanan produksi kerana perlu mendengar terlebih dahulu kenyataan media yang akan dibuat usahawan tersebut.


Emarina Mohd Kamal

“Sebenarnya, kita dah bincang dengan Datuk Aliff yang dia boleh menyanyi, semuanya dah dinyatakan dengan jelas.

“Bagi kami semuanya dah selesai, apa dia minta kita dah penuhi seperti telah dijanjikan cuma mungkin ada salah faham.

“Apa yang menyebabkan dia tak puas hati, kita tak boleh nak komen lagi kerana kita perlu dengar dulu kenyataannya dalam sidang media yang akan Datuk Aliff buat nanti,” katanya kepada mStar Online.

Ermarina ditemui semasa sidang media Konsert Akhir GV6 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada Ahad.

Aliff selaku penaja utama program tersebut tidak kelihatan pada sidang media sejurus konsert dan dipercayai sudah pulang sebelum rancangan itu berakhir.

Menerusi Instagram, pengasas produk D’herbs itu meluahkan perasaan kecewa dengan layanan yang diberikan oleh pihak produksi terhadapnya.

Aliff terkilan apabila beberapa orang rakannya tidak dibenarkan menari bersama di atas pentas GV bagi mempromosikan lagu baharu berjudul Biar Apa Orang Kata.

Aliff tidak puas hati apabila rakan-rakannya tidak dapat menari di pentas GV.

“Jangan layan saya macam budak sekolah, saya bayar berjuta-juta kut. Kalau saya tahu jadi macam ni, saya tak akan pergi GV dan tak payah menyanyi lagi bagus.

“Saya mohon maaf kat Datuk Seri Vida, Datuk Seri Salmah, Zoey Rahman dan Kak Girl yang datang jauh-jauh tadi sepatutnya mereka join sekali menari tapi berlaku perkara tidak dirancang dan tak tahu apa motif mereka aibkan saya,” tulis Aliff di laman tersebut.

Difahamkan penyanyi lagu Bobo Dimana ini bakal mengadakan satu sesi sidang media bagi menjelaskan situasi sebenar dalam masa terdekat.

sumber: mstar online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*