Ayah Ini Buat Kejutan Kepada Anak Anaknya Selepas Tiga Tahun Tidak Pulang Ke Rumah

Anak mana yang tidak rindukan ayah ibu mereka? Mereka rindukan kasih sayang ayah ibu mereka terutama bila mereka masih kecil.

Video Berada Di Bawah Artikel

Ada pekerjaan yang memerlukan kita pergi dalam suatu tempoh yang lama. Bukan anak anak sahaja yang rindu tetapi ibu bapa juga amat merindui anak anak mereka apabila berjauhan.

Kisah dibawah ini tentang seorang Ayah bernama Mario yang tidak berjumpa dengan keluarga dia terutama anak anaknya selama tiga tahun.

Dia tidak dapat pulang ke pangkuan keluarganya kerana komitmen kepada kerja. Tiga tahun berada di Qatar dan selama itulah dia tidak berjumpa keluarganya.

Kejutan Untuk Anak Anak

Akhirnya Mario berjaya pulang tetapi dia ingin buat kejutan kepada anak anaknya jadi isteri beliau telah membawa anak anak dia ke sebuah restoren.

Mario menyamar sebagai pelayan dan menghantar makanan yang dipesan oleh anak anaknya. Pada mulanya anak anak Mario memang tidak perasan bahawa pelayan itu adalah ayah mereka kerana Mario telah menutup hidung mulutnya dengan kain (bandana).

Disaat Mario membuka kain yang menutup wajah sebenar beliau, anak sulung dia yang perempuan nampak dan seperti nampak hantu dan bagaikan tidak percaya itu adalah ayahnya. Anak perempuan Mario terus menangis dan tidak mampu bercakap.

Anak lelaki Mario nampak kakaknya menangis dan tidak tahu mengapa dan dia tidak ambil kisah sehinggalah Mario datang lagi sekali dan berdiri betul betul sebelah anaknya. Disaat anak lelakinya memandang pelayan yang sebenarnya ayahnya dia pun turut menangis.

Video Penuh

“Semasa saya sedang menghantar makanan kepada mereka saya tidak boleh menahan air mata dari keluar. Susah untuk saya tahan dan saya rasa nak peluk terus mereka” kata Mario apabila ditanya apa perasaan dia.

Harapan Mario adalah dia dapat luangkan masa sepenuhnya bersama keluarga dia sebelum pulang semula bekerja.

Dia harap anak anaknya faham bahawa ayah mereka perlu pulang bekerja untuk mencari nafkah.

Pesanan kepada anak anak semua, hargailah ibu bapa anda. Percayalah apa yang mereka buat untuk anda semua. Peluk dan cium lah ibu bapa anda sementara mereka masih ada bersama anda.

Artikel By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*