Bapa Ini Gigih Ajar Cara Bancuh Susu, Gara-gara Bayinya Selalu Nangis Nak Cepat-cepat

Lumrah membesarkan anak yang masih bayi memang tidak dapat dinafikan payahnya. Namun berbeza dengan seorang bapa ini apabila dia mempunyai cara yang begitu lucu untuk berhadapan dengan situasi berkenaan.

Bukan sahaja perlu mengawal dan memberikan perhatian penuh pada pergerakan bayi, malahan keperluan mereka khususnya susu perlu disiapkan segera mengikut waktunya. Kalau tidak, habis menangis dibuatnya.

Perkara itu dikongsikan menerusi Facebook dan sudah meraih sekitar 1.3 juta tontonan sehingga sekarang.

Dalam video berkenaan, bayi kecilnya terduduk dengan molek di atas katil bilik berkenaan dengan begitu tenang sekali. Si ayah pula dilihat membawa masuk air panas, botol susu beserta susu tepung dan mula menunjukkan cara membancuh susu kepada bayi comel itu menggunakan campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Sekarang, saya akan jelaskan cara nak buat susu kepada awak. Bila dah sampai waktu minum susu, awak selalu menangis nak cepat-cepat. Nak buat susu perlu masa. Faham?

I hope now you understand the process. Donā€™t say i never explain to you ah baby girl.. so cannot show tantrum ah šŸ˜…

Posted by Kecik Laugh Shariff on Friday, July 12, 2019

Jangan cakap saya tak jelaskan pada awak ye

Daripada sukatan susu, bancuhan air panas dan juga cara goncangan bagi mengelakkan penghasilan buih, semuanya dijelaskan dengan begitu terperinci sekali oleh si ayah. Video berdurasi 3 minit lebih ini bertambah lucu apabila bayinya pula terus berdiam memandang wajah si ayah seolah-olah mengerti dengan penjelasan yang dibebelkan.

Daripada anak lapar boleh kenyang dengar bapak bebel

Sebelum diberi minum susu yang sudah siap dibancuh, sempat juga si ayah membacakan ā€˜bismillahā€™ buat anak comelnya itu. Tidak sekadar mendapat jumlah tontonan yang tinggi, netizen juga mengakui sangat terhibur dengan gelagat anak beranak ini dan sempat berkongsia langkah betul membancuh susu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Ā Kecik Laugh Shariff

Kredit : Erin Sakura

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*