Bila Geng Warga Asing Ini Kenakan Member Yang Baru Datang Dari Kampung. Memang Kelakar Habis

Sikap kita punca kebanjiran warga asing

APABILA ada yang berlonggok, sedikit sebanyak cerita pasal kebanjiran pekerja warga asing di negara ini mesti menjadi antara topik yang dibincangkan.

Dalam laman media sosial isu ini sememangnya menjadi antara topik hangat. Malah baru-baru ini ada yang menyebarkan gambar sesetengah tempat di ibukota ketika Aidilfitri lalu yang seolah-olah sudah kelihatan seperti di bandar tempat asal pekerja warga asing berkenaan apabila kehadiran begitu ramai mereka yang mengambil peluang bersiar-siar sempena cuti umum.

Apa tidaknya, setakat tahun lalu dilaporkan ada sejumlah 2.1 juta pekerja asing berdaftar yang merangkumi 15.5 peratus daripada keseluruhan guna tenaga di negara ini. Bilangan pekerja asing tanpa izin pula dianggarkan melebihi tiga juta orang. Majoriti melahirkan kebimbangan dan marah dengan keadaan ini.

Tetapi, betulkah kita bimbang? Benarkah kita marah? Agaknya sudah jadi lumrah, jika ada masalah atau kesilapan kita jarang sekali melihat kemungkinan diri kita sebagai puncanya, sebaliknya menuding ke sana sini mencari siapa yang silap dan salah. Justeru, dalam hampir setiap perbincangan atau ‘posting’ di laman media sosial berkaitan isu pekerja asing ini yang menjadi sasaran kemarahan tentunya kerajaan dan agensi yang berkaitan. Pelbagai tuduhan dilemparkan. Tidak dinafikan mungkin ada yang betul, tetapi jika dilihat sedalam-dalamnya kita juga sebenarnya adalah antara puncanya.

Ia pula ada kaitan dengan kepentingan diri. Kita marah apabila warga asing berniaga di premis perniagaan yang sepatutnya diperuntukkan kepada warga tempatan, tetapi siapakah yang menyewakan premis berkenaan? Siapakah pula yang melariskan jualan mereka? Tentunya kita warga tempatan. Kita juga marah apabila melihat warga asing ‘merampas’ pekerjaan di negara ini, tetapi siapakah yang mengambil mereka bekerja? Jika ditanyakan kepada majikan, kata mereka tiada warga tempatan yang mahukan kerja berkenaan. Alasan warga kita pula, gaji ditawarkan terlalu rendah. Kelihatannya seolah-olah majikan yang salah.

Ya, tidak dinafikan memang ada majikan yang hanya mementingkan keuntungan, tetapi dari sudut lain pula bersediakah kita membayar harga barang dan perkhidmatan yang tinggi kerana jika gaji tinggi harga juga meningkat berikutan kos peniaga bertambah. Kita juga marah apabila melihat warga asing seolah-olah sudah memonopoli kerja-kerja rencam seperti baik pulih rumah dan pembersihan laman, tetapi siapakah yang mengupah mereka? Sudah semestinya kita warga tempatan.

Alasan kita, harga ditawarkan lebih murah dan mereka juga tak banyak kerenah. Justeru, dalam isu warga asing ini, kitalah sebenarnya yang menyokong kebanjiran mereka di negara ini. Kita kata kita marah tetapi kerana kepentingan diri kita sediakan persekitaran yang menarik kehadiran mereka. SUMBER : BHARIAN

Warga Asing Prank Member Warga Asing Yang Datang Dari Kampung

Dimana kejadian ini berlaku tidak dapat dikenal pasti tetapi apa yang mereka buat kepada kawan mereka memang melucukan. Berdasarkan dari rakaman video tersebut memang nampak sangat lelaki itu baru sampai dan tidak pernah jejak situ.

Nak guna pili air dan pengering tangan pun tak tahu.. haha! memang kelakar habis lah ..

By: KL VIRAL

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*