Bila Ko Buat Lawak Depan Adik Beradik Ko Pakai Pakaian Dalam Wanita Tiba Tiba Ayah Ko Masuk

Kadang kadang kita tiada niat apa apa pun dan hanya sekadar untuk buat lawak jenaka dan bergurau sahaja.

Dalam klip video dibawah menunjukkan seorang remaja lelaki sedang memakai pakaian dalam wanita (coli/bra) dan dirakamankan oleh adik beradik lelaki tersebut.

Yang tidak disangka tiba tiba seseorang masuk dan yang masuk ke dalam bilik itu adalah ayah mereka. Kelam kabut remaja itu menanggalkan pakaian dalam wanita tetapi segalanya terlambat.

Adik beradik dia hanya mampu ketawa sambil rakamkan apa yang berlaku. Ayah dia hanya lihat sahaja apa anak dia buat.

Video yang dimuatnaik oleh salah seorang pengguna Facebook bernama Mohd Salor Ijam Jamil telah menjadi tular. Video tersebut mendapat sebanyak 100 ribu tontonan, 2300 perkongsian dan ratusan komen dan likes.

Memang kelakar video ini, anda lihat la sendiri.

Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,i aitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.

Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama” bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki.

Sabda Rasulullah SAW :

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء

Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari)

Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.

(LAMPIRAN 1) 2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-“Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai”il Lil Nisa” menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki.

Sabda Rasulullah SAW

عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل

Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)

Sumber Rujukan : PISWI

Sumber Video: Mohd Salor Ijam Jamil

Artikel By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*