Viral Dkwaan Ustazah Pr0m0si Produk Depan Kaabah?

SEORANG wanita yang juga pendakwah bebas tempatan mendapat teguran netizen apabila didakwa sempat mempromosikan produk pil atau suplemen minda di Masjidil Haram, Tanah Suci Mekah.

Tindakan itu membuatkan seorang penulis dan penceramah, Syihabudin Ahmad Md Yatim berasa terpanggil untuk memberikan pendapatnya apatah lagi ustazah itu didakwa ‘menjual’ produknya di hadapan Kaabah.

Nabi dah larang berniaga dalam masjid

Menerusi video dimuat naik di laman YouTube, Syihabudin mengakui dia tidak mengenali gerangan ustazah tersebut atau mengetahui latar belakangnya sehingga mampu menghasilkan pil minda untuk kanak-kanak.

“Secara peribadi, saya tidak mengenali ustazah ini dan tidak mengkaji latar belakang pendidikannya sehingga dia begitu pandai mengeluarkan suplemen minda dikatakan dapat merangsang minda budak.”

“Kalau nak melawak, saya boleh kata.. rugi Nabi Muhammad SAW dulu tak jumpa suplemen minda ni. Kalau tak senang Abu Jahal terima agama Islam, bagi dia makan (pil) dah boleh dengar kata, jadi pejuang Islam,” selorohnya.

Selain mengeluarkan pendapat dengan hadis Nabi, dia berkata tindakan meniaga bukan menjadi masalah sebaliknya perlu mengambil berat mengenai tempat jualan kerana masjid dibina untuk melaksanakan ibadah.

Rakaman yang tular

Meninjau di ruangan komen video YouTube itu, ramai netizen tidak bersetuju dengan tindakan ustazah terbabit yang didakwa seolah-olah ‘menunggang agama’ demi meraih keuntungan dalam perniagaan.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen berkata ustazah itu hanya menggunakan imej Kaabah atau ‘green screen’ yang dijadikan sebagai latar belakang videonya.

Jadi kalau benar ustazah itu menggunakan ‘green screen’, kenapa dia perlu menyunting video seolah-olah berada di hadapan Kaabah? Ditambah pula dengan latar belakang bunyi ‘bising’, apa tujuannya?

Ulasan Syihabudin Ahmad

Reaksi beberapa warga maya

Sumber/Kredit: kiniberita info

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*