Ada Pelajar Datang Mengadu “Cikgu Duit Saya Hilang, Cikgu Bdoh Inilah Yang Seluk Handbeg Dan Gantikan”

” Pernah sampai doktor yang datang ambil drah saya tanya, best tak jadi cikgu?’. Masa tu serba saIah saya nak menjawab bila fikirkan layanan yang diterima dan sering dipersaIahkan. Jiwa cikgu masih ada, tetapi sudah hampir m4ti rasanya!”.

Demikian luahan seorang guru di pantai timur yang menarik perhatian ramai apabila memuatnaik perkongsian di Fb beliau tentang cabaran dihadapi bergelar seorang pendidik.

” Pasal graduasi, dipanggil cikgu bod#h! Pasal jamuan, dipanggil cikgu bod#h! Meraikan pelajar berjaya, kutip duit seringgit untuk beli hadiah bersara juga dipanggil kami sebagai cikgu bod#h,” luah seorang guru menerusi status yang dimuatnaiknya di Facebook pada Isnin.

Menurut Norliza Md Nor, dia mengakui sedikit kesal dan terasa hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir ibu bapa.

” Ya, saya seorang cikgu dan waktu saya s4kit, saya masih ke sekolah. Malah waktu saya kena serangan hypokalemic periodic paralysis pun saya sanggup memanjat tangga sampai ke tingkat tiga, demi nak mengajar anak-anak murid.

” Cuba fikir rasa s4kit yang ditanggung saya ketika itu… Sangat s4kit! Tapi lebih s4kit lagi apabila saya terbaca satu posting yang dimuatnaik oleh seorang individu dengan penuh emosi memanggil kami (guru) dengan panggilan ‘cikgu bod#h’,” demikian luahnya dengan perasaan kecewa.

Bertugas di sebuah sekolah di Terengganu, Norliza berpendapat, kerjaya itu seolah-olah dipandang hina oleh masyarakat hinggakan ada yang sanggup meletak kesaIahan di bahu guru tanpa rasa bersaIah.

” Pendek kata apa jua isu yang berlaku adalah kerana cikgu. ‘Cikgu ni bod#hlah!’ Wahai puan-puan yang cerdik pandai, usahlah hantar anak kamu kepada kami tetapi didiklah sendiri. Risau kalau-kalau terjangkit ‘kebod#han’ itu,” katanya menerusi posting tersebut.

Kongsi Norliza lagi, masyarakat hanya mengambil titik negatif dalam setiap perkara yang dilakukan oleh golongan pendidik ini, tetapi tidak dari sisi positif yang mana terdapat pengorbanan yang dilakukan oleh golongan ini.

Ya, sy seorang cikgu.Ya, waktu sy sakit sy masih ke sekolah..Waktu sy kena serangan hypokalemic periodic paralysis, sy…

Posted by Norliza Md Nor on Sunday, November 24, 2019

” Puan-puan tak tahu, apa pelajar-pelajar datang mengadu. Cikgu, duit saya hilang, cikgu bod#h inilah yang seluk handbag dan gantikan. Cikgu, mak belum datang ambil’, cikgu inilah yang sanggup hantar balik. Tengok jam dah lewat petang, lepas tu tanya rumah awak kat mana?

” Cikgu, saya tak dapat join kem ni sebab mak tak ada duit. Cikgu bod#h inilah pandang tepat ke dalam mata murid dan cakap, tak apalah awak datang saja kem tu, sayang kalau awak tak masuk. Tak apa biar cikgu yang bayarkan,” luahnya.

Guru ibarat lilin, ‘sanggup membakar diri bagi menerangi orang lain’.

Tambah wanita cekal ini lagi, sewaktu usia kandungannya enam bulan dahulu dia sanggup berkorban dengan mengambil insiatif untuk ke rumah pelajarnya selepas berminggu-minggu tidak hadir ke sekolah.

” Bayangkan dalam keadaan saya sedang hamiI enam bulan, saya sanggup panjat tangga dan ketuk pintu rumah flat untuk tanyakan kenapa tak datang ke sekolah kerana risau jika perkara yang tidak diingini berlaku,” ceritanya lagi tentang pengorbanan yang pernah dilakukannya dalam mendidik pelajarnya.

Beliau turut berkongsi tentang ibu bapanya yang gembira dan sangat berbangga ketika dia ditawarkan menjadi seorang pendidik suatu ketika dahulu.

Namun kini rasa gembira yang pernah dirasainya dahulu telah hilang.

” Mak saya sangat berbangga bila saya jadi cikgu dulu. Tapi kini saya penat dan hilang rasa gembira itu. Saya sering beritahu emak yang saya sebenarnya sudah letih untuk jadi seorang cikgu,” kata wanita yang berasal dari Terengganu ini.

Bagaimanapun, dia turut mengakui masih terdapat sesetengah ibu bapa yang menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh mereka.

Menceritakan lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya, kata Norliza, sewaktu dimasukkan ke hospital dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik.

” Walaupun ketika ditahan di wad, saya tetap laksanakan tanggungjawab sebagai cikgu. Sepatutnya saya gunakan masa itu untuk rehatkan diri, tenangkan fikiran tetapi tidak saya masih kuatkan diri periksa dan semak kertas ujian pelajar-pelajar saya di hospital.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : mstar / Norliza Md Nor

Kredit: Malaysia United

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*