Dulu Digemari Ramai Sekarang Dihent4m Netizen. Mereka Hilang Respek Kepada Ayam Uncle Bob Dan Selepas Ini Akan Panggil Bob Sahaja

Fuh, kalau cerita ayam Uncle Bob ini mesti admin teringat waktu memula membeli dan makan ayam tersebut kesedapan dia kalah KFC. Ayam dia yang memang tiada tulang, lembut dan cukup rasa tapi ini cerita dulu.

“Tak nak panggil ‘Uncle’ dah, lepas ni panggil ‘Bob’

“Ayam Uncle Bob pasar malam tempat aku dulu RM5. Sekarang RM7, ayam tak membesar, tepung je lebih.

“Tak nak panggil ‘Uncle’ dah, lepas ni panggil ‘Bob’ je. Hilang hormat sebab marah,” demikian tweet dari Ateng Sepet yang juga mendapat perhatian ramai netizen.

Tidak dinafikan kesedapan ayam Uncle Bob, namun harga terkininya dianggap tidak berbaloi oleh netizen di mana harga bagi ‘sekeping’ ayam itu dah jadi seperti harga sekilo ayam, sedangkan harga ayam kini murah tetapi harganya tetap dinaikkan.

“First beli RM5 saja. Sekarang sekeping ayam itu dah jadi harga sekilo ayam.” – @alissaziz

Dulu Memang Takde Tulang. Sekarang Tulang Saje Kalau Gigit ..

“Acah-acah boneless tapi tak larat nak kunyah, asyik kena tulang saja,” – @zaxzamir

Harga Terlampau Mahal, Baik Beli Ayam Seekor Puas Hati.

Selain itu, ada beberapa netizen juga turut memaklumkan harga ayam gunting di tempat mereka dikenakan caj RM10.

“Baik beli seekor ayam dalam RM10, boleh buat sendiri ayam goreng pedas. Ayam Uncle whatever ni nak cepat kaya kutt.” – @zolzzeeiichi

“Aku syak sekarang diorang guna ayam kayangan kot si Uncle Bob dah RM7 dah. Kalau kat Alor Setar dah RM9. Mungkin ayam Perlis Indera Kayangan kot?” – @aqilhxmdix.

Sumber: Ateng Sepet

Notakaki: Memang tidak dinafikan Ayam Uncle Bob memang agak mahal dan agak mendukacitakan. Dulu kalau di pasar malam memang panjang beratur kalau nak beli sekarang memang tiada siapa pun kadang kadang. Adakah ini salah Uncle Bob sendiri sehingga peniaga terpaksa menaikkan harga terlalu tinggi.

Ayam RM1 pun tengah viral, jangan lepas ni ayam RM1 tetiba jadi ayam RM10 plak .. haha!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*