Gelagat Anak Kecil Ini Takut Langkah Longkang Memang Mencuit Hati. Lihat Apa Ayah Dia Buat Untuk Tolong Anak Dia

Pernah dengar tak ayat dalam bahasa English ‘ Kids Brain Is Like A Sponge and They Will Absorb Anything’. Ayat ini bermaksud kanak kanak kecil akan belajar semua perkara sama baik atau buruk dengan hanya melihat atau mendengar sahaja. Tugas kita sebagai ibu bapa untuk membentuk mereka.

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Ajar Anaknya

Satu rakaman video yang dimuatnaik di media sosial telah menyentuh hati netizen. Video ini menunjukkan bagaimana seorang ayah mengajar anaknya untuk menjadi lebih yakin.

Anak kecil ini tidak dapat menyeberang longkang kecil walaupun ada penuntup. Dia merasakan bahawa ianya tidak selamat. Anak kecil beberapa kali mencuba tetapi gagal melangkah. Kejadian ini memang mencuit hati. Yang ketawa tidak berhenti itu kemunkinan ibunya, dia geli hati tengok gelagat anaknya.

Setelah beberapa kali gagal, akhirnya ayah anak ini keluar dan dia tunjukkan cara bagaimana untuk membina keyakinan diri anak kecil ini dan akhirnya berjaya menyeberangi longkang kecil itu. hehehe!

By: KL VIRAL

IQ Anak Tinggi Apabila Rapat Dengan Ayah. Apa Pendapat Anda?

Biasanya ibu akan menjadi orang yang paling sibuk sekali apabila anak menghadapi ujian persekolahan. Ibu akan seboleh mungkin membantu anak ketika belajar kerana mahu si kecil mendapat keputusan cemerlang. Tetapi hakikatnya peranan ayah tidak kurang penting dalam mendampingi anak belajar.

Bimbingan terus daripada ayah dalam proses pembelajaran dapat memberi kesan positif pada perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sikap anak. Anak sememangnya mencari keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang intensif dengan ayah.

Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya.

Bahkan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa.

Maka jelaslah bahawa ayah mempunyai peranan penting dalam kemampuan akademik anak. Oleh itu ibu dan ayah perlu saling bekerjasama membahagi tugas untuk membimbing si kecil menghadapi ujian.

Ayah bukan sekadar membantu anak mengulang kaji pelajaran tetapi menyiapkan mental si kecil agar lebih yakin untuk menghadapi ujian tersebut. Karektor ayah yang berbeza dengan ibu tentu dapat mencipta corak pembelajaran yang berbeza berbanding ibu. Ciptakan suasana ceria dan menyeronokkan agar anak lebih bersemangat untuk belajar.

Mungkin anda berdua boleh bermain kuiz mengenai pelajaran yang dipelajari berbanding sekadar membaca yang tentu boleh membosankan si kecil. Pelbagai kreativiti boleh dicipta bagi menimbulkan suasana menyeronokkan semasa belajar. Jelas sekali interaksi ayah memainkan peranan penting dalam membantu pencapaian positif si anak di sekolah.

Kami bersetuju anak perlukan kedua-dua ibu dan ayah untuk tumbesaran yang sempurna.

Sumber: Pa&Ma

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*