Ibu Ini Pegang Bayi Di Stadium Dan Bayi Ini Nampak Ketakutan. Ini Teguran Seorang Doktor Tentang Ini

Kemeriahan sukan bola sepak apabila pasukan negara layak ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2018 pastinya dirasai oleh semua. Stadium yang dibanjiri dengan kehadiran penyokong membuktikan sokongan padu rakyat negara ini terhadap Harimau Malaya.

Namun, yang tidak sedap didengar apabila terdapat segelintir ibu bapa yang membawa anak yang masih kecil ke stadium. Tidak salah untuk meraikan semangat kesukanan dengan anak-anak, tetapi jika mereka masih bayi, rasanya tidak sesuai berada dalam kepadatan manusia yang ramai ditambah dengan hembusan asap rokok dan vape.

Seperti seorang doktor wanita ini yang meluahkan rasa kekal dengan apa yang dilihat dalam perlawanan pasukan negara menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini. Anak yang masih bayi bersama dua orang kakak yang masih kecil dibawa ke stadium.

Dakwanya, bayi yang kelihatan ketakutan itu terpaksa menghidu asap rokok dan vape dari orang sekeliling yang langsung tidak menghiraukan kanak-kanak. Ditambah dengan perlakukan yang tidak sopan dari segelintir mereka, sekaligus menjadi contoh tidak baik kepada kanak-kanak yang memerhati gelagat penonton. Ikuti luahan doktor ini seperti di bawah.

Lihat bayi yang sangat kasihan di situ.

Dia mungkin berusia 8-10 bulan. Dia dibawa ke stadium yang penuh sesak dengan dua adik beradiknya yang lain mungkin pada waktu petang (kerana keluarganya boleh duduk di kerusi hadapan).

Dia kelihatan ketakutan. Semua orang di sekelilingnya merokok tanpa henti, menghisap vape di mukanya. Tanpa rasa ragu-ragu. Malah, semua orang mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, menujukkan jari tengah dan dua kakaknya yang melihat mungkin meniru perbuatan itu.

Ia benar-benar menghancurkan hati saya. Kepada ibu bapa, sesetengah rakyat Malaysia kita yang dikasihi masih mempunyai perangai yang tidak beradab, tidak sopan dan tidak peduli. Jadi sebagai ibu bapa, sila bertanggungjawab terhadap anak-anak anda.

Sekiranya tiada sesiapa yang boleh mengasuh mereka, mungkin anda perlu menonton perlawanan di rumah. Kepada kerajaan yang dihormati, mungkin anda perlu melihat perkara ini. Ini mungkin perkara kecil, tetapi langkah-langkah kecil seperti ini akan menjamin generasi masa hadapan untuk mempunyai fizikal dan mental yang sihat.

Dr Fiza.

Sumber : Hafizah Razran

Artikel Dari : Siakap Keli

Notakaki: Ibu bapa tolong jangan pentingkan diri sendiri. Peringatan untuk masa akan datang. Tak perlu nak seronok sangat sampai lupa anak anak. Nanti bila apa apa jadi ibu bapa takkan salahkan diri sendiri tapi salahkan orang lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*