Dah La Terima Pesanan Dari ᴊɪʀᴀᴛ ᴄɪɴᴀ, Rider Sangka ᴘᴇɴɢɢᴀʟɪ ᴋᴜʙᴜʀ Yang Order. Tapi Bila Sampai, Dia Terus Terkedu

1001 kisah pernah diceritakan oleh mereka yang bergelar penghantar makanan, di mana adakalanya tular di media sosial.

Tugas sebagai seorang rider atau penghantar makanan sememangnya menuntut kesabaran yang tinggi terutama ketika berhadapan dengan kerenah pelanggan.

Terbaru, seorang lelaki yang bekerja sebagai rider berkongsi pengalaman yang sukar dilupakan.

”Sepuluh kali saya menghubungi nombor telefon pelanggan misteri itu tetapi tiada siapa yang jawab,” .

Demikian kata-kata seorag penghantar makanan, Muhammad Khuzaimie Lemat yang menarik perhatian ramai.

Perkongsian Muhammad Khuzaimie, 23, di aplikasi TikTok miliknya mengenai pelanggan yang memesan makanan di kawasan jirat cina di Sungai Putat, Melaka, mendapat perhatian warganet.

Video berdurasi 59 saat itu menunjukkan Muhammad Khuzaimie berdiri keseorangan di lokasi ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ berkenaan sambil menunggu pelanggan.

Yakin pesanan dibuat oleh pelanggan yang sengaja bergurau

Berkongsi lanjut, Muhammad Khuzaimie yang sudah setahun menjadi penghantar makanan di sekitar Melaka berkata, dia yakin pesanan itu dibuat oleh pelanggan yang sengaja membuat gurauan memandangkan kaedah ᴘᴇᴍʙᴀʏᴀʀᴀɴɴʏᴀ ialah ʙᴀʏᴀʀ selepas terima atau ‘ᴄᴀꜱʜ ᴏɴ ᴅᴇʟɪᴠᴇʀʏ’ (ᴄᴏᴅ).

Katanya, pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu menempah nasi goreng USA, nasi goreng ayam, teh o ais dan sirap ais.

”Kjdian itu berlaku kira-kira 6 petang, 23 Januari lalu. Saya menunggu hampir 40 minit dan sempat membuat kandungan video mengenai kjdian itu kerana terlalu ᴍᴀʀᴀʜ.

”Pada mulanya, saya meneka itu pesanan daripada ᴘᴇɴɢɢᴀʟɪ ᴋᴜʙᴜʀ tetapi tiada seorang manusia pun yang menunggu di situ,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, perkongsian di media sosial miliknya itu juga bertujuan bagi membuka mata masyarakat mengenai cabaran yang perlu dilalui penghantar makanan sepertinya.

”Sudah lebih 10 kali saya terkena dengan ‘ᴘʀᴀɴᴋ ᴏʀᴅᴇʀ’ seperti ini dan jumlah paling tinggi syarikat alami kerugian adalah sebanyak RM120.

”Kjdian seperti tempoh hari lalu merugikan masa dan tenaga saya. Mujur, pesanan itu dibuat pada siang hari dan bukannya pada waktu malam,” katanya.

Katanya, taktik itu juga kemungkinan digunakan pnjnayah untuk menyamun ‘rider’ yang kebiasaannya mempunyai sekurang-kurangnya RM100 dalam tangan.

”Pada hari itu, saya takut juga, bukan takut hantu tapi penyamun. Kita tidak tahu siapa yang memesan makanan dan saranan saya berhati-hatilah.

”Bukan saja perlu berhati-hati ketika memandu tetapi juga ketika berjumpa dan berhubung dengan pelanggan,” katanya.

Muhammad Khuzaimie berkata, selepas tidak dapat menghubungi pelanggan itu dia kemudian memaklumkan masalah yang dihadapinya kepada pihak khidmat pelanggan untuk tindakan selanjutnya.

Sumber/Kredit : asiakini

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*