Jumpa Kamera Tersembunyi Dalam Tandas Di Kedai Mamak. Siapa Sebenarnya Yang Letak Disitu

Perhatian untuk kaum wanita, jika anda pergi ke tempat tempat yang anda tidak biasa seperti bilik persalinan pakaian, tandas atau mana mana tempat terpencil dimana anda memang akan membuka pakaian sila berhati hati.

Zaman sekarang dengan teknologi yang semakin canggih terdapat banyak alat elektronik untuk mengintip. Mereka yang melakukan kerja terkutuk dan tidak bermoral ini juga akan ikut peredaran teknologi.

Jumpa Kamera Dalam Tandas Di Restoren Mamak, Kuala Lumpur

Tular di media sosial baru baru ini sebuah klip video menunjukkan sebuah kamera tersembunyi diletakkan di dalam tandas dan di sorokkan di dalam penyangkut baju.

Restoren mamak tersebut dikatakan terletak di dalam ibukota Kuala Lumpur tetapi kami tidak dapat maklumat restoren yang mana.Video yang berdurasi hampir 1 minit telah mendapat banyak tontonan dengan perkongsian hampir mencecah 3500 kali di laman sosial Facebook.

Alat Yang Digunakan Sebagai Kamera

Rata rata netizen mengatakan alat sebegini banyak terjual di online dan amat mudah untuk membelinya. Banyak lagi alat kamera pengintip ini selain dari penyangkut baju.

Video yang tular tersebut tidak dapat kami pastikan samada laporan polis telah dibuat atau tidak. Tetapi cara begini memang selalu kita dengar bukan sahaja di dalam tandas awam atau tandas mamak tetapi di bilik bilik hotel pun selalu.

Sasaran mereka selalunya adalah kaum wanita dan ini amat merbahaya. Mari Baca Bagaimana Nak Kesan Kamera Tersembunyi. Info ini untuk yang berada dalam bilik Hotel tetapi masih boleh dipraktikkan di tempat tempat lain. Jangan ambil mudah.

Di Mana Kamera CCTV Ini Diletakkan?

Jika anda menginap, sama ada hotel, resort dan sebagainya, kamera CCTV tersembunyi atau spy cam ni biasanya diletakkan di dalam tandas, bilik persalinan perempuan,di bilik tidur, di ruang tamu atau dimana-mana tempat yang dikehendaki oleh sindiket tersebut. Rakam gambar mangsa dan peras ugut untuk sebarkan gambar atau video tersebut jika permintaan tidak ditunaikan. Jahat giler perangai! Dapat tangkap orang macam ni, pukul dulu baru serah pada polis.

Cara nak kesan kamera CCTV tersembunyi melalui kamera telefon

Kepada yang nak berhoneymoon, berhati-hati la ye..kemungkinan gerak geri anda sedang diperhatikan dan dirakam. So, bagaimana nak pastikan ada kamera CCTV tersembunyi dalam bilik hotel/homestay?

Semasa menginap di hotel/homestay, anda boleh gunakan camera handphone untuk memastikan tiada kamera CCTV tersembunyi dalam bilik tempat anda menginap. Langkah-langkah untuk mengesan kamera CCTV tersembunyi seperti di bawah :

  1. Setelah memasuki bilik, padam semua lampu,tutup tingkap dan langsir.
  2. Pastikan bilik dalam keadaan segelap yang boleh.
  3. ON kan camera phone anda tetapi jangan ON flash camera.
  4. Pusing sekitar bilik anda dengan phone di tangan.
  5. Sekiranya anda menjumpai DOT/TITIK MERAH kelihatan dalam skrin kamera anda,itu bermakna ada kamera tersembunyi dipasang dalam bilik tersebut.
  6. Pastikan ianya betul-betul kamera dan buat laporan polis.

Cara nak kesan kamera CCTV tersembunyi melalui bluetooth

Kalau kamera CCTV tu yang jenis manual, dah tentu kita boleh nampak wayar-wayar berselerak tu. Tapi, kalau kamera yang jenis tanpa wayar (wireless), susah nak kesan dengan mata kasar. So, anda boleh cuba langkah-langkah yang dicadangkan di bawah

  1. Sebelum masuk tandas atau bilik persalinan, sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth.
  2. Turn ON bluetooth dan ‘search device’ yang ada. Jika anda tidak faham bagaimana nak cari ‘device’, anda cuba ‘send’ gambar atau ‘lagu’ kepada kawan anda. Kemudian kemudian tekan via bluetooth dan anda boleh nampak ‘device’ yang ada di dalam bilik itu.
  3. Jika anda jumpa ‘device’ yang namanya “WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang anda rasa sangat pelik bunyinya, sebaik-baiknya batalkan hajat anda untuk salin pakaian kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV.
Jika cuba pakaian di dalam fitting room, periksa dulu untuk pastikan tiada kamera CCTV

Cara nak kesan kamera CCTV tersembunyi dengan mata kasar

Sebenarnya, kamera tersembunyi atau spy cam ni boleh juga dikesan melalui mata kasar jika kita peka dengan keadaan bilik. Cara-caranya dengan :

  1. Periksa sekeliling bilik dan perhatikan mana-mana barang yang ada di dalam bilik yang kelihatan curiga seperti susunan bunga dalam pasu, gambar yang tergantung di dinding dan sebagainya. Periksa sekali smoke detector atau speaker, manalah tahu ada kamera tersembunyi dipasang di dalamnya.
  2. Periksa juga wayar yang mencurigakan.
  3. Dengar dengan teliti dan pastikan keadaan bilik tu sunyi. Biasanya kamera tersembunyi ni akan mengeluarkan bunyi click atau buzz bila beroperasi.
  4. Tutup lampu dan perhatikan jika ada lampu kecil yang berwarna merah atau hijau.
  5. Guna handphone dan cuba telefon seseorang. Jika ada bunyi yang menganggu panggilan tesebut, maknanya panggilan tersebut diganggu oleh electromagnetic field dari alatan lain seperti kamera.

SUMBER : OMM

Video Kamera Yang Dijumpai Di Mamak

Artikel By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*