Tular Rkaman Seorang Ibu Tunggal Terpaksa Jual Phone Demi Beri Anak2 Makan Dirumah

Ramai insan yang terkesan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali pertama sehingga sekarang yang diarahkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan COVID-19.

Lebih menyedihkan apabila ada yang hilang punca pendapatan dan terpaksa mengikat perut kerana tidak berkemampuan untuk membeli barang keperluan mahupun makanan.

Begitulah seperti kisah sebuah keluarga yang kehilangan punca pendapatan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Shahril.

Ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki itu disapa oleh seorang wanita yang menaiki motosikal ketika dia sedang berehat.

Menurut Shahril, wanita terbabit menawarkan untuk menjual telefon bimbit bagi membeli makanan dan minuman untuk anak-anaknya.

Tambahnya lagi, ibu tunggal kepada 4 orang cahaya mata itu memberitahu bahawa dia dan anak-anaknya masih belum menjamah sebarang makanan sejak pagi lagi.

Pekerjaan terjejas sewaktu PKP

Wanita berkenaan turut bercerita kebiasaannya dia mencari rezeki dengan cara mengambil upah mencuci rumah pelanggan namun sejak PKP ini, pekerjaannya terjejas.

Simpati dengan nasib wanita tersebut, Shahril menghulurkan sedikit bantuan kepadanya dan akan menghantar bantuan susulan ke rumahnya nanti.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap ibu tunggal itu dan mendoakannya dimurahkan rezeki.

Semoga ibu ini sihat selalu dan dipermudahkan urusan

Abang dah berjaya leburkan air mata saya

Dulu suka tayang duit, rupanya ramai yang terluka

Orang yang suka tayang duit di TikTok bantulah akak ni

Bantulah saudara kami ni Ya Allah

Syukur akak tu jumpa awak

Semoga bro dilimpahkan rezeki

Sumber: TikTok Shahril

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*