Kecoh Suhaimi Saad Dikecam Sebab Minta RM5000 Untuk Muncul Dalam TV Alhijrah. Ini Komen PU Amin Tentang Perkara Itu

Sejak dua menjak ini rancangan Analisis TV Alhijrah dari TV AlHijrah telah mula disebut ramai orang. Rancangan tersebut adalah satu rancangan bual bicara tentang isu isu semasa. Rancangan ini telah berada di TV Alhijrah agak lama cuma baru baru ini rancangan tersebut menjadi tular.

Ia bermula dengan bual bicara tentang anti vaksin dan minggu lepas bual bicara tentang doula. Selepas 2 temubual ini ‘meletop’ atau viral di laman sosial pihak TV Alhijrah telah membuat survey tentang apa yang patut mereka paparkan selepas ini.

Satu perkara yang menarik minat netizen adalah ayat mereka mengaitkan Suhaimi Saad yang popular tentang ‘flat earth’ yang baru baru ini juga tular. Adakah bumi flat atau sfera atau bulat?

Kenyataan dari FB Analisis TV Alhijrah

Kenyataan dari pihak Analisis TV Alhijrah telah membuatkan perkara ini menjadi tular. ‘Suhaimi Saad minta rm5000 untuk muncul dalam topik ‘Flat Earth’.

Perkara ini mengundang kecaman dari netizen tentang mengapa Suhaimi Saad atau lebih dikenali sebagai SS meminta jumlah yang tinggi. Jika beliau rasa teori flat earth itu betul, ini adalah platform untuk menunjukkan bukti bukti beliau. Tidak lama selepas itu SS memberi maklumbalas tentang penularan RM5000 tersebut.

Respond Suhaimi Saad.

Betul, Memang ss minta RM5000 daripada mereka. Kenapa? Tak mampu bayar?

Mereka nak ss datang ke program TV mereka. ss datang dari Kota Bharu. ss perlu bermalam.
ss akan tanggung kos perjalanan atau flght tiket,makan dan penginapan. ss akan tanggung risiko untuk berdebat dan bercakap,dimalukan dan dikecam.

Pastu mereka nak panggil free free je? Sorry!

Mereka nak ramai orang menonton siaran mereka. Tapi tak nak bayar. Nak bayar seratus dua je😅
Kau buat untung juta juta.

Ingat! Allah akan tanya korang di akhirat nanti.

Bossku, Kalau tak mahu bayar,lupakan je. Tak perlu canang pada masyarakat. Biasa la bisnes. Ada tawaran dan permintaan. Ada penawaran dan penolakan. Sapa suruh buka pekong sendiri. Memalukan TV islam je. – Suhaimi Saad @Mosus

Ini Reaksi PU Amin Tentang Isu RM5000 Daripada TV Alhijrah

Pencetus Ummah Amin menyelar tindakan TV Alhijrah seperti ‘membuka aib’ Suhaimi Saad tentang isu meminta bayaran. Perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi tular dan ia sepatutnya hanya antara mereka sahaja.

TV Al Hijrah tak sepatutnya umum nilai permintaan SS pada public . Admin Analisis ni cerdik atau tak ? atau saya rasa FB Analisis bukan dipandu oleh TV Al Hijrah sendiri . FB analisis mungkin dicipta oleh orang luar .

Soal payment ni bincang antara korang sahaja cukup lah . Dekat Malaysia ni tak banyak chanel islamic yang kita ada , jangan conteng TV Al Hijrah wahai Admin Analisis . Maka TV Hijrah kena bantu siasat admin FB Analisis , supaya isu utama yang nak dibincangkan akan jadi harmoni . Supaya TV Al Hijrah jadi medium dakwah terbaik untuk Ummat Islam .

Soal nak sokong mana mana ikut korang , tapi saya tetap dengan ‘Sfera’ .

Saya kesian dengan SS, Saya kesian dekat TV Al Hijrah. Bincang elok elok lah .

Jadi apakah kesudahannya? Siapakah panel yang akan hadir untuk bual bicara minggu ini?

Yang pastinya sekarang TV Alhijrah semakin meningkat naik rating kerana topik yang mereka pilih sudah semestinya topik yang hangat.

Artikel By: KL Viral

Sumber: Mosus , ANALISIS bersama FINAZ YUNUS , PU Amin

Notakaki: Kalau jadi topik flat earth rasanya TV Alhijrah akan dapat view yang paling tinggi …

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*