Tuhan Balas ‘Cash On The Spot’. Apa Lelaki Ini Buat Dalam Lif Memang Tak Patut

Apa yang mereka fikir bila buat benda benda bodoh seperti kencing dalam lift? Adakah ia buat mereka rasa seronok, teruja atau hanya sekadar suka suka? Selalu sangat dah bila kita pergi mana mana tempat terutama kawasan perumahan yang mempunyai lift ini mesti kita akan bau benda benda yang tak menyenangkan seperti bau hancing. Mungkin ini lah sebabnya.

KANTOI KENCING DALAM LIFT

PENGOTOR, Seorang lelaki telah melakukan perbuatan menjijikkan dengan kencing dalam dalam sebuah lif namun tanpa disangkanya air kencingnya itu telah menyebabkan litar pintas hingga mengakibatkan dia terperangkap di dalam lif terbabit.

Ketika itu dia berada di tingkat 13. Perbuatan lelaki itu telah dirakamkan CCTV dan selepas berlaku litar pintas yang menyebabkan lif terhenti, dia kelihatan melompat dalam lif itu sambil menekan butang.

Dia melakukan perbuatan itu kerana menyangka tiada siapa yang memerhatikannya.Video itu akhirnya menjadi viral.

Lelaki pengotor itu cuba membuka pintu secara manual namun tidak berjaya dan dia kelihatan takut kerana terperangkap dalam lif itu. Kejadian ini berlaku di China.

Tidak diketahui berapa lama dia terperangkap namun lelaki itu dikatakan akan dipaksa membayar ganti rugi untuk membetulkan lif tersebut. Yang pasti dia sudah tentu berasa malu tatkala diselamatkan oleh pasukan penyelamat. SUMBER : Suara TV

Lagi seorang mangsa akibat perbuatan bodoh

Lelaki ini juga buat benda sama tetapi balasan dia dapat adalah serta merta juga. Memang nampak panik muka dia dan dia sendiri terpaksa tekan butang butang lift dekat tempat dia kencing tadi. Memang padan muka dia.

By : KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*