Kos Pembedahan Buah Pinggang di Hospital Selayang Perlu RM25 Ribu. Lelaki Ini Bongkar Apa Sebenar Yang Terjadi

Tidak semua orang mampu untuk membeli insurans medikal atau mampu untuk duduk di Hospital swasta. Oleh itu Hospital kerajaan adalah pilihan utama kepada yang kurang berkemampuan.

Banyak kisah kisah tentang hospital tular pada 2018, dari segi pengurusan sehinggalah kepada staff hospital sendiri. Walau macam macam kisah tetapi kebanyakkannya tidak benar dan tidak sahih. Adakah kita suka tularkan berita yang tidak sahih?

Adakah kos pembedahan di Hospital kerajaan boleh mencecah puluhan ribu ringgit? Seorang pekerja di Hospital Selayang bernama Syaril Anuar yang bertugas diĀ Jabatan Urologi Hospital Selayang mendedahkan satu kisah tentang pembedahan yang bernilai RM25ribu. Mahal tue.. Mari baca apa yang terjadi.

PENIPUAN.. Kos Pembedahan Buah Pinggang di Hospital Selayang RM25000.00??!

Saya bertugas di Jabatan Urologi Hospital Selayang.. Petang tadi saya balik ke rumah bapa di Bandar Baru Bangi. Masa solat Maghrib di Surau Al Ehsan, Seksyen 2.. Pihak surau minta pengesahan saya tentang pesakit memohon kutipan derma untuk kos pembedahan buah pinggang di Hospital Selayang..

Kos Transplant Buah Pinggang

Mengikut cerita dari AJK surau, pesakit ini adalah seorang budak yang akan melakukan pembedahan transplant buah pinggang utk diberikan kepada bapanya.. Pembedahan akan dilakukan pada bulan Januari 2019 di Hospital Selayang.. Kos pembedahan itu RM25000..

TERKEJUT..! Tak pernah ada kos semahal tu di hospital kerajaan. Saya periksa dokumen yang diberikan kepada pihak surau.. Foto ni ada surat kemasukan wad pesakit tersebut..

PENIPUAN DIKESAN

Sah PENIPU..! Surat kemasukan wad pun salah. Kat surat tu pula tertulis utk prosedur PCNL iaitu prosedur utk batu karang, bukan transplant.. Kemudian, doktor yang tanda tangan surat kemasukan wad pun tak wujud di Jabatan Urologi Hospital Selayang.. Terakhir, nama wad pun salah, bukan wad pembedahan..

Ok.. Itu je.. Harap tiada pihak lain yang tertipu juga..

Sumber :Ā Syaril Anuar

Artikel Edited: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*