Lampu Isyarat Rosak, Jalan Sesak Teruk. Tiba Tiba Datang Lelaki Ini Dan Apa Yang Dia Buat Mendapat Pujian Netizen

SEORANG lelaki sanggup meninggalkan motosikal di tepi jalan, sebelum bertindak membantu mengawal lalulintas, selepas mendapati lampu isyarat di sebuah persimpangan tidak berfungsi menyebabkan kesesakan teruk.

Tindakan itu menerima pujian dan penghargaan orang ramai di media sosial apabila rakaman tingkah lakunya mengawal lalu lintas yang dirakam oleh salah seorang pemandu tersebar di Facebook.

Kejadian itu katanya berlaku di sebuah persimpangan berdekatan Mount Austin, Johor Baharu. Bantuan lelaki itu berjaya membantu menyuraikan kesesakan yang berlaku ditambah dengan kerjasama dari pemandu-pemandu kenderaan yang dilihat patuh dengan arahan dan isyarat diberikannya.

Susulan tindakannya mengawal lalu lintas yang dilihat begitu profesional, membuatkan segelintir beranggapan lelaki itu adalah seorang anggota polis trafik yang sedang bercuti.

Manakala sebahagian lagi meskipun berterima kasih dengan bantuan berkenaan, namun mengingatkan perbuatan itu membahayakan nyawanya kerana besar kemungkinan dia boleh dilanggar oleh kenderaan yang meluru laju.

“Bahaya boleh membahayakan nyawa dia, patut kena pakai sarung tangan putih. Polis traffik sendiri pun ada si bodoh yang tak nampak boleh terlanggar,” kata Azli Rahim memberikan ulasan.

Di bawah ini rakaman kejadian berkenaan. Sila klik untuk menonton video.

Sumber Artikel: Milo Suam

Artikel Lain …

Exco Terengganu kawal lalu lintas kerana kereta terbakar tetapi tidak dipuji. Kenapa?

Exco Terengganu kawal lalulintas cari publisiti murahan

BIASA kita lihat orang awam merakam video ketika terserempak dengan wakil rakyat atau ahli politik tertentu sedang melakukan aktiviti kemasyarakatan seperti menyelamatkan budak lemas, membantu orang kemalangan, dan membantu orang buta melintas jalan.

Video begini biasanya akan tular di media sosial. Ahli politik yang dirakam pula akan dapat publisiti yang baik, dan dipuji oleh orang ramai sebagai YB berjiwa rakyat, memahami denyut nadi rakyat, berhati mulia dan sebagainya.

Berbeza dengan seorang Exco Kerajaan Terengganu ini, dia sendiri nampak mengarahkan pembantu untuk merakam aksinya mengawal lalu lintas, berdekatan dengan sebuah kereta yang sedang marak dijilat api di Bukit Kuang, laluan Kemaman menuju Kuala Terengganu.

Video itu dimuat naik menerusi akaun Instagram MB Terengganu, Dr Ahmad Samsuri

“Terbaik Exco Kerajaan Negeri, YB Haji Hanafiah Mat yang membantu mengawal lalulintas apabila terdapat kenderaan terbakar di Bukit Kuang hari ini. Kemah boh!” tulisnya.

Apa yang melucukan, dalam video itu, Exco berkenaan dilihat sempat berpaling sejenak ke arah kamera bagi memastikan kelakuannya dirakam sebelum kedengaran suara lelaki berkata “ha start, start, start,” mengarahkannya untuk mula beraksi mengawal lalu lintas

Sumber Artikel: Milo Suam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*