Lelaki Ini Solat Atas Jalanraya Yang Penuh Dengan Kereta. Sebab Kenapa Didedahkan

PERBUATANĀ seorang lelaki bertindak berani dengan menunaikan solat di atas jalan raya ketika dipenuhi kenderaan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Twitter milik shasharizki telah memuatnaik video berdurasi 17 saat kini meraih lebih 232,000 tontonan sejak semalam.

Namun lokasi itu tidak diketahui.

Menerusi bebenang, netizen mempertikaikan tindakan lelaki itu menunaikan solat di atas jalan raya kerana ia boleh mengancam nyawanya.

Melonthatsalty mendakwa lelaki itu mungkin tidak normal hingga mendorong dia berpelakuan sedemikian.

Bagi ayyieeee berkemungkinan lelaki itu mahu meninggal dunia ketika mendirikan solat dan kenyataan itu turut mendapat perhatian emaahmads yang menyifatkan sekiranya mahu meninggal dunia dalam iman tidak perlu melakukan perbuatan seperti itu.

Sementara itu narutong mempersoalkan tahap kewarasan lelaki itu kerana jika dia seorang yang waras pasti perkara itu tidak akan berlaku.

“Cuba tanya dia sama ada dia waras atau sebaliknya. Orang yang ‘sedar’ dan waras tahu bahaya,” katanya.

Kata anhesya, lelaki tersebut mungkin mengalami kecelaruan mental dan sekiranya bertemu individu seperti itu terus membuat laporan polis.

“Kalau jumpa orang macam ini, buat laporan polis, nanti polis hantar ke hospital. Sesiapa nak hantar pun boleh juga.

“Cuma risau jadi apa-apa dekat anda sebab orang ini tengah tidak normal,” katanya.

Sehingga kini, video itu mendapat ciapan 7,000 dan 3,600 tanda suka dari netizen.

Video Yang Tular

Sumber Artikel: Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*