Makan Nasi Berkuahkan Air Mineral. Walaupun Pekerja Asing Ini Nampak Susah Tetapi Jangan Terkejut Berapa Yang Mereka Hantar Duit Balik Kampung

Kadangkala, kita mempunyai pandangan yang skeptikal mengenai kebanjiran pekerja asing di negara kita. Namun, salah satu perkara positif yang tidak dinafikan wujud dalam warga asing adalah kesungguhan mereka untuk mencari rezeki dan mengubah nasib keluarga di kampung halaman.

Baru-baru ini, tular sebuah foto mengenai seorang pekerja asing yang dikatakan hanya mampu menikmati menu makan tengah harinya iaitu sebungkus nasi putih bersama air botol sahaja.

Tanpa kuah, tanpa lauk, tanpa sayur-sayuran. Hanya nasi yang direndamkan bersama air mineral sahaja.

Gambar tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama @syahdan_94 dengan kapsyen:

“Terjumpa orang negara luar… Makan nasi dengan kuah air mineral sahaja.”

Penyebaran gambar berkenaan telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib pekerja asing tersebut. Malahan, netizen turut mengongsikan kisah peribadi masing-masing yang pernah berhadapan dengan situasi sama.

“Kita selalu rasa susah dan mahu mengalah tetapi rupanya ada orang yang jauh lebih susah dan mereka masih kelihatan gembira.”

“Mak pun pernah cerita dia pergi kedai makan dan melihat sekumpulan warga asing makan di kedai itu tetapi hanya makan nasi bersama kuah sahaja. Lauk langsung tidak diambil.”

“Bapa saya juga seorang kontraktor dan mempunyai pekerja asing. Selalunya mereka akan beli nasi pada waktu pagi dan simpan sebahagiannya untuk makan malam. Tetapi, lauk mereka cuma sambal belacan atau keropok sahaja. Kasihan. Segelintir mereka mempunyai ijazah tetapi tiada peluang pekerjaan di negara sendiri.”

Tidak kisahlah sama ada mereka warga asing atau tidak, mereka juga manusia biasa seperti kita yang bergelut demi meneruskan kehidupan. Tidak sampai hati rasanya melihat seseorang mampu makan nasi yang dicurahkan dengan air mineral demi memastikan dirinya kekal bertenaga dan boleh bekerja sepanjang hari.

Gaji Hnya RM1000, Boleh Hantar Ke Kampung Bangladesh RM1000

Shah Alam sudah 9 tahun cari rezeki di Malaysia. Habis, tentu korang terfikir, brader ini tak makan ke? Tak beli sesuatu untuk dirinya atau bagaimana?

Chill dulu. Brader ini nama sebenarnya Shah Alam (memang unikkan). Usia dalam awal 40-an. Sudah sembilan tahun datang dan mencari rezeki di Malaysia.

“Gaji saya satu bulan RM1,000. Dua bulan sekali, RM2000 saya hantar ke kampung untuk persekolahan anak-anak dan keperluan untuk keluarga,” katanya dalam satu pertemuan dengan REMAJA.

Habis tak makan? “Saya makan, dua kali sehari. Masak sendiri di rumah,” katanya.
Mana ambil duit bayar beli lauk?

“Satu bulan, saya dapat duit extra lebih kurang RM300 hasil lebihan dari orang ramai yang mengisi gas. Sebagai contoh, kalau bayaran mengisi gas mereka RM8.90, pelanggan bayar RM9.

“Biasanya mereka tak ambil baki. Hari-hari kerja, bila dikumpul-kumpul, dapatlah dalam RM300. Duit itulah saya gunakan untuk belanja makan minum semua,” katanya yang agak ramah.

So no wonderlahkan kenapa Shah Alam boleh hidup dengan RM300 sahaja sebulan. Lain orang lain belanjanya dan bagi Shah Alam itu sudah cukup buatnya. Gajinya bulat-bulat dihantar kepada keluarga di Bangladesh.

Alhamdulillahkan, sikap pemurah rakyat Malaysia ini sebenarnya memberi sinar dan kehidupan yang lebih baik untuk sebuah keluarga yang sangat memerlukan.Kata Shah Alam, dia bekerja 26 hari dalam sebulan dan hanya cuti 4 hari sahaja. Kerjanya pun 8 jam sehari.

Kata Shah Alam, Malaysia bagus..Kalau RM1000 di sini, di Bangladesh bagaimana kiraannya?

“Lebih kurang 20,000 taka. Duit banyak itu cukup untuk perbelanjaan dua bulan. Kalau saya kerja di Bangladesh, gajinya tak banyak begini. Hidup pun agak susah. Sebab itu saya datang ke Malaysia. Semua orang di Malaysia bagus dan baik,” katanya mengukir senyuman.

So korang, boleh tak faham dalam situasi di sini. Kalau Shah Alam masih tinggal di Bangladesh, dia perlu kerja keras untuk dapatkan duit sebanyak itu. Tapi di sini, kerja sebulan tapi boleh hidup untuk dua bulan. Kata orang 2 in 1.

Sebab itulah ramai yang suka berhijrah ke negara yang janjikan pendapatan lebih baik dari apa yang mereka peroleh di kampung halaman mereka.

Gaji saya 5 juta rupiah, sini lumayan!

Seorang buruh binaan yang terlibat dalam pembinaan rumah, Banji berasal dari Jawa Timur berkata, dia mampu memperoleh gaji lebih kurang RM1500 sebulan hasil titik peluhnya.

Lebih kurang 5 juta rupiah kalau di Indonesia. Jumlah itu sudah besar. Ada kawan saya peroleh 20 juta rupiah, lagi lumayan.

“Kalau tinggal di kampung, saya hanya berkebun. Hasilnya lebih kurang 1 juta rupiah (bersamaan RM315) . Memang kecil untuk belanja sekolah anak-anak,” katanya juga yang sudah lama mencari rezeki di Malaysia.

Kata Banji lagi, suasana persekitaran dan gaji yang lumayan antara sebab mengapa dia meninggalkan kampung untuk mencari rezeki di sini.

“Wang gaji dapat, akan dihantar balik ke kampung untuk keperluan anak-anak yang masih sekolah,” katanya yang tinggal di Malaysia bersama isterinya.

Hakikatnya, banyak orang mencari kerja di negara luar semuanya dengan satu matlamat, mencari duit yang lebih banyak. Tapi awas, sebelum membuat satu keputusan, pastikan korang kenal betul agen di negara terlibat, mesti bekerja sebagai pekerja sah (legal bukan illegal) dan setiap gaji yang dapat, simpanlah demi masa depan yang korang impikan tu.

Sumber Artikel : ERA BARU dan Limau Manis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*