Mesti Lelaki Ini Menyesal Bila Pentingkan Diri Sendiri Bila Parking Kereta Sebab Ini Yang Terjadi Kepada Dia

Kalau nak cerita pasal parking, mesti macam macam cerita yang keluar. Dari kisah orang letak kerusi di petak parking, cop petak parking padahal kereta nak parking pun tak sampai lagi, parking kereta dengan cara yang tidak sepatutnya dan macam macam hal lagi.

Sila scroll ke bawah untuk melihat video penuh

Lelaki di dalam video di bawah alami detik yang memeningkan dalam hidup dia. Video ini pernah menjadi tular dan rata rata ramai netizen mengatakan padan muka kepada pemilik kereta berwarna merah tersebut.

Kejadian ini berlaku di luar negara (bukan dalam Malaysia ye) dimana kelihatan sebuah kereta jenama Mercedes telah mengambil 2 petak parking di salah sebuah pasaraya. 2 petak parking sepatutnya boleh memuatkan 2 buah kereta tetapi pemandu kereta Mercedes ini jelas hanya mementingkan diri sendiri.

Bila Apa Dibuat Dibalas CASH !

2 buah kereta 4×4 yang saiznya agak besar telah tiba dan mereka ingin mengajar sesuatu kepada pemilik kereta yang tidak bertanggungjawab itu.

Apa yang mereka buat adalah mereka akan meletakkan kenderaan besar mereka betul betul rapat dengan kereta merah tersebut. Dan mereka akan tunggu sehingga pemilik itu sampai.

Alangkah terkejutnya pemilik kenderaan tersebut apabila dia lihat kereta dia dihimpit, dia cuba memasuki kereta tetapi gagal kerana pintu tidak dapat dibuka sepenuhnya.

Memang jelas kemarahan dari gerak geri lelaki tersebut sehingga dia menyepak tayar kedua dua buah kereta 4×4.

Bagaimana dia masuk?

Memang tiada pilihan lain kecuali masuk ikut bonet belakang, nampak usaha dia cuba untuk menyelit dari kerusi belakang dan akhirnya berjaya untuk dia ke tempat pemandu.

Dia hanya keluar parking dan beredar tetapi sudah semestinya dia mesti sedang mengamuk di dalam kereta tetapi rasanya dia sendiri tahu ini balasan untuk dia kerana pentingkan diri sendiri ketika parking kereta.

Video Penuh

Sekiranya di dalam Malaysia, keadaan ini boleh di saman kerana mengikut undang undang sekiranya anda ingin meletakkan kereta anda di dalam petak parking, seluruh kenderaan anda haruslah berada di dalam petak. Sekiranya tidak buat demikian anda boleh disaman oleh berkuasa.

Artikel By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*