ꜱᴇᴘᴏᴛᴏɴɢ Ayat Suci Al-Quran Dicetak Pada Boxer

SANDAKAN – Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan telah mengesan beberapa pasar raya di Sandakan yang didapati menjual seluar dalam lelaki atau ‘boxer’ yang memaparkan ꜱᴇᴘᴏᴛᴏɴɢ ayat suci Al-Quran.

Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Sandakan, Romzi Abdul Rahman berkata, susulan kejadian tular di Facebook berhubung perkara itu, pihaknya bergegas membuat pemeriksaan lanjut, pada Jumaat.

Menurutnya, seramai enam anggota penguat kuasa JHEAINS terlibat dalam pemeriksaan berkenaan. Pada awalnya JHEAINS membuat pemeriksaan ke atas pasar raya yang ditularkan menjual ‘boxer’ berkenaan yang terletak di Batu 8.

Bagaimanapun, sebaik tiba, didapati da.kwaan itu ternyata benar, namun pakaian dalam itu sudah pun disimpan.

Susulan itu, JHEAINS menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa lagi pasar raya di Sandakan dan mendapati dua buah pasar raya didapati turut menjual ‘boxer’ berkenaan.

Justeru, pihaknya telah merampas beberapa helai seluar dalam berkenaan untuk tujuan ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ.

Pihak pasar raya juga diminta menyimpan dan tidak menjual seluar dalam terbabit. Dalam pada itu, difaham pihak pengurusan sebuah pasar raya turut memaklumkan bahawa pihak pengeluar jenama seluar berkenaan telah memberikan arahan penarikan ‘boxer’ terbabit.

Tindakan selanjutnya akan diambil bagi menangani perkara tersebut. Sejak pagi Jumaat, beberapa keping gambar memaparkan ‘boxer’ yang tertera ayat Al-Quran tular di ꜰᴀᴄᴇʙᴏᴏᴋ.

Sumber/Kredit : thenote, videoviralberita

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*