Netizen Sebak Lihat Cara Anak Ini Buat Prank Untuk Ibu Dia. Cara Dia Buat Memang Buat Ibu Dia Terkejut

Kasih ibu memang tiada gantinya, dalam dunia ini kita cuma ada seorang ibu. Walau sejahat mana pun kita, seganas mana pun kita tetapi bila kita dengan ibu sendiri sudah pasti kita akan tewas.

Aksi Anak Usik Ibu Sempena Hari Lahir Tular, Netizen Sebak Lihat Ibu Menangis Peluk Anak

Video yang dikongsi pemuda bernama Faizal Faiz Farish ini sebenarnya sesuatu yang menggembirakan tapi entah kenapa kebanyakan yang menontonnya rasa sayu hingga mengalirkan air mata.

Sudah ditonton hampir sejuta kali sejak dimuat naik di laman Facebook beberapa hari lalu, Faizal mengusik ibunya sebagai cara untuk membuat kejutan di hari lahir wanita itu.

Berpura-pura sakit hingga muntah darah, ibu Faizal pulang ke rumah dan terus merangkul anak bujangnya itu dengan penuh kasih sayang hingga membuatkan ramai yang sebak menontonnya.

Video ini sebenarnya telah dimuat naik pada 30hb October 2017 dan sejak itu telah mendapat 1.6 juta tontonan dengan hampir 19 ribu perkongsian di laman sosial Facebook.

video si anak buat kejutan hari lahir untuk ibunya ini sanyat menyentuh hati

Tatkala ibu memeluk anak dengan penuh kerisauan, Faizal akhirnya menamatkan drama dengan mengeluarkan hadiah berupa jam tangan untuk ibunya.

Sambil mengalirkan air mata, si ibu tidak marah sebaliknya anak bujang itu terus dipeluk dan dicium berulang kali. Situasi ini sekali lagi membuat ramai netizen terharu.

video si anak buat kejutan hari lahir untuk ibunya ini sanyat menyentuh hati

‘Hari ni birthday mak saya. Saya lupa sebenarnya, ingat 31 Oct. Bila ingat balik, 30 Oct rupanya. So saya kelam kabut la pergi ambil kek, masa dekat kedai kek, saya call mak saya, bagitau saya tak sihat. Minta tolong mak bawa pergi hospital. Saya bagitau saya otw blk rumah. So my mom kelam kabut la. Sampai rumah saya suruh adik standby plan kami. So this is the video.’

Demikian catatan Faizal yang turut disertakan dengan video bersama ibu yang kini tular di media sosial.

Jadi jangan tunggu lama lama, selesai sahaja membaca artikel ini sila lah hubungi ibu anda dan ucap terima kasih dan i love you. Balik lah kampung dan peluk lah ibu anda lama lama. Sebab kita tidak tahu bila dia akan pergi. Ibu adalah harta dunia dan akhirat untuk setiap anak.

By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*