Pasangan Pengantin Buat Kejutan Di Majlis Pernikahan Mereka Apabila Mas Kahwin Bukan Guna Duit Tetapi Hanya Gunakan Ini

KEBIASAANNYA ketika majlis pernikahan, pengantin lelaki akan menyediakan mas kawin dalam bentuk perhiasan atau wang dalam jumlah tertentu.

Tetapi, lain pula halnya dengan pasangan pengantin unik di Indonesia ini.

Baru-baru ini pasangan pengantin baharu ini tular di media sosial kerana menjadikan cendol sebagai mas kawin.

Bagaimanapun tidak dinyatakan dengan khusus di mana majlis ini berlangsung.

Pasangan ini tular selepas video pernikahan mereka dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Bagus Yudhistira pada 30 Januari.

MAS KAHWIN ADALAH CENDOL

“Dengan mas kawin segelas es cendol sah,” tulisnya sebagai keterangan video.

Dalam video yang tersebar suasana pernikahan dilihat berlangsung seperti biasa tanpa sebarang perbezaan dengan majlis pernikahan lain.

Dalam video tersebut, samar-samar kedengaran bapa pengantin perempuan menyatakan bahawa mas kawin yang diberikan adalah surah al-Ikhlas dan cendol.

Setelah selamat diijab kabul, kelihatan pengantin lelaki memberikan segelas cendol sebagai mas kawin kepada isterinya.

Pengantin perempuan kemudian minum cendol tersebut.

Dalam satu lagi video lain, kelihatan pengantin lelaki menunggang motosikal ke lokasi pernikahan dengan terdapat peti cendol di belakangnya. -dutanett

Sumber Artikel : MSTAR ONLINE

Notakaki: Mas Kahwin pakai cendol.. memang pelik dan rasanya ini pertama kali admin dengar. Biasa mas kahwin pakai duit ke rantai emas ke gelang ke. Tapi pakai cendol memang lain dari yang lain.

Harap jangan pula orang Malaysia ikut mas kahwin pakai ice kepal milo .. huhu!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*