Pengacara Cantik Ini Terdiam Bila Thor Tiba Tiba Bercakap Bahasa Pelik Ketika Interview

Siapa je yang tak kenal Chris Hemsworth? Kalau taktau nama betul dia, sebut je Thor mesti semua tahu siapa kan?. Haa sebut Thor baru kenal lah tu :p Terbaru, filem Avengers menjadi trending dekat media sosial seluruh dunia selepas movie tu ditayangkan. Korang dah tengok belum?

Tapi apa yang admin nak cakap ini bukan pasal filem Avengers, tapi tentang Chris Hemsworth. Sebelum ini ada tular rakaman Chris ditemu ramah oleh pihak Indonesia, dan apa yang mengejutkan apabila Chris dengan gaya selambanya jawab dalam Bahasa Indonesia. WOWWWW!

Pernah viral dulu masa tayangan filem Avengers: Age of Ultron

Video temu bual Chris Hemsworth dan Chris Evans bersama selebriti Indonesia, Cinta Laura Kiehl pernah tular suatu ketika dulu masa Avengers: Age of Ultron ditayangkan. Tapi lepas tu, sekali lagi video temu ramah Chris Hemsworth sempena tayangan Thor Ragnarok dapat perhatian jugak!

SCROLL KE BAWAH UNTUK VIDEO PENUH

Sesi temu bual dulu:

Pada mulanya pengacara itu kenalkan dirinya dan bagitahu yang dia asal dari Indonesia. Lepas tu Chris macam terkejut and start cakap bahasa Indonesia dengan pengacara tersebut.

“Oh Indonesia? Apa khabar? Siapa nama mu?”

Bukan pengacara itu je yang terkejut, tapi Chris Evans, iaitu pelakon filem Avengers yang pegang watak sebagai Captain America pun terkejut lepas dengar si Chris ini cakap Bahasa Indonesia.

DI MANA CHRIS BELAJAR CAKAP BAHASA INDONESIA?

SCROLL KE BAWAH UNTUK VIDEO PENUH

Dalam video itu, Chris jelaskan yang dia belajar bahasa Indonesia dari sekolahnya. Katanya,

“Australia berada di Selatan Indonesia. Dalam 5 jam penerbangan sahaja. Ramai guru di Australia yang faham Bahasa Indonesia dengan baik”

Video tular sekali lagi

Lepas tu, video Chris berbahasa Indonesia sekali lagi dalam temu ramah ketika tayangan Thor Ragnarok pun jadi viral. Dalam rakaman itu, Chris menanyakan nama pengacara-pengacara itu dan kenalkan diri dia dalam Bahasa Indonesia. Siap kira nombor satu sampai sepuluh!

Chris berbahasa Indonesia. Yelah, kita langsung tak terfikir yang dia memang reti cakap Bahasa Indonesia kan. Amacam gegadis? Cair tak?

SUMBER : LOBAK MERAH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*