Pengantin Lelaki Hadapi Detik Lucu Ketika Majlis Perkahwinan Dia Apabila Sesuatu Terjadi Yang Memang Tidak Boleh Lupa Sampai Bila Bila

Susah admin nak cerita, tetapi kejadian ini rasanya perkara pertama terjadi bukan sahaja dalam Malaysia tetapi dalam Dunia .. huhu! Pengantin lelaki ini mesti takkan lupa peristiwa ini sampai bila bila .. hahaha!

Hati Hati Yang Pakai Braces Bila Pergi Kenduri Kahwin

BAGI anda yang memakai ‘braces’ atau ‘pendakap gigi’ bagi mencantikkan susunan gigi yang tidak teratur, atau mungkin hanya sekadar hiasan, kejadian ini mungkin boleh dijadikan iktibar.

Dalam kejadian di sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini, entah di mana silapnya, ‘braces’ seorang lelaki boleh tersangkut di baju pengantin ketika mereka berdua difahamkan berpelukan untuk mengucapkan tahniah.

Video rakaman kejadian berkenaan tular di media sosial Twitter, selepas dimuat naik oleh pengguna bernama Wanie.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah menerima kira-kira 15,400 retweet, dan lebih 196,000 tontonan.

Biasanya baju pengantin mempunyai sulaman atau tenunan yang berbeza dan istimewa, sekaligus mempunyai bebenang halus yang mudah tersangkut akan sesuatu.

Manakala ‘braces’ pula sifatnya mempunyai cirinya bergigi halus, sekali berjumpa dengan baju pengantin apa lagi, memang boleh ‘melekat’ atau tersangkut.

Sebagai pengajaran, jika anda ada memasang ‘braces’, pastikan mulut anda tertutup rapat ketika memeluk mana-mana pengantin.

Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan. Sila klik untuk menonton

Sumber Artikel: Milo Suam

Notakaki: Lepas ni salam je .. tak payah nak peluk2 bagai .. sangkut dah tu tak pasal hehehe!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*