
BEKERJA secara sambilan ketika tibanya musim cuti semester adalah bukanlah perkara yang asing bagi semua penuntut universiti.
Tidak juga terkecuali graduan sebuah universiti terkemuka negara yang memilih untuk mencari duit poket ketika bergelar mahasiswa.
Tapi apa menariknya, Azwan Ali, langsung tidak memilih pekerjaan, malah sanggup menimba pengalaman sebagai seorang pengawal keselamatan ketika cuti semester.
Pemuda ini yang berasal dari Kuala Lumpur yang berkongsi gambarnya dalam dua persalinan berbeza di Twitter berjaya menarik perhatian netlzen.
Dua gambar tersebut menunjukkan Azwan memakai uniform pengawal keselamatan dan jubah graduasi yang disertakan dengan kapsyen:
“Started from bottom, now we’re here (Bermula dari bawah, kini kita di sini).”
Graduan Ijazah Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu ketika dihubungi memberitahu, gambarnya memakai uniform pengawal keselamatan tersebut diambil selepas dia tamat mengikuti kursus latihan Pengawal Keselamatan Diperakui (CSG).
Azwan yang kini bekerja sebagai Penganalisis Teknologi Maklumat(IT)di syarikat multinasional minyak dan gas di Johor berkata, dia memang gemar mencuba pengalaman baharu tanpa mengira jenis pekerjaan itu.

“Sejak habis tingkatan tiga lagi saya dah mula bekerja sambilan. Dulu saya ambil kerja cuci pinggan dekat medan selera dan selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pula saya kerja di kedai serbaneka.
“Bila masuk universiti, saya nak cuba jadi pengawal keselamatan pula. Ketika cuti semester tiba sahaja, saya akan buat part-time jadi sekuriti di kawasan taman perumahan,” katanya.
Jelas pemuda berusia 22 tahun ini, dia melakukan pekerjaan tersebut bukan kerana mempunyai masalah kewangan, malahan kedua ibu bapanya mampu menyara mereka sekeluarga.

“Saya tak ada masalah duit belanja pun. Tapi, saya jadi pengawal keselamatan sebab nak cuba rasa berada di tempat mereka.
“Sebelum ni kita ingat kerja mereka mudah, tapi sebenarnya tanggungjawab mereka besar untuk menjaga keselamatan,” katanya yang dibayar gaji RM50 sehari ketika melakukan pekerjaan tersebut.
Anak ketiga daripada lima beradik itu tidak menafikan dia sering dipandang rendah hanya kerana menyarungkan uniform pengawal keselamatan.

“Stigma orang yang memandang pengawal keselamatan ni tiada pelajaran tu memang biasa saya lalui.
“Sebenarnya, kita tak boleh pandang orang sebelah mata kerana semua pekerjaan adalah mulia.
“Kita saling memerlukan antara satu sama lain. Contohnya, kalau tiada orang kutip sampah, negara ni akan kotor,” ujar Azwan
Sumber/Kredit : akupapankekunci
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply