Rakaman Wanita Ini Buat Kecoh Sampai Kena Halau Keluar Dengan Polis. Semuanya Hanya Kerana Sebuah Beg

SEORANG penumpang wanita telah diarahkan keluar dari sebuah tren oleh polis kerana enggan mengangkat beg Louis Vuitton miliknya yang diletakkan di kerusi kosong.

Wanita itu menjerit dan memaki hamun selepas beberapa penumpang lain memintanya mengangkat beg tersebut supaya mereka boleh duduk di kerusi itu.

Kekecohan itu berlaku dalam tren New Jersey Transit ketika ia masuk ke stesen Newark Penn, malam Rabu.

Apabila seorang wanita lain membantah tindakannya, dia berkata: “Kamu tak cacat, tak hamil.

“Saya tak peduli. Saya geli, tak mahu hidu bau kamu, kamu menjijikkan. Saya tak mahu kamu duduk di sebelah saya,” katanya.

Wanita itu kemudian memakain fon kepala dan berpura-pura tidak mendengar kritikan daripada penumpang lain atas kelakuannya, yang mencetuskan kelewatan tren itu selama 25 minit.

Apabila kakitangan kereta api datang dan mengarahkannya meletakkan beg itu di rak dia menepis tangannya dan berkata: “Jangan letak tangan kamu pada barang saya. Banyak lagi kerusi kosong lain.”

Situasi tegang itu, yang dirakamkan oleh penumpang Thaedra Frangos, berakhir apabila staf yang sama membuat aduan mengenai tingkah laku penumpang.

Dia terus bertekak dengan polis ketika mereka muncul, mendakwa begnya berharga AS$300 dan dia berhak mendapat ruang tambahan dalam tren.

Tetapi seorang polis dengan tegas mengarahkan wanita itu keluar apabila menyedari wanita itu enggan mengalah.

Dia kemudian meninggalkan stesen itu sebelum sebarang tindakan diambil terhadapnya

Sumber ArtikelMSTAR ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*