Risau Polis Bertugas Di Kuil Tak Cukup Makan, Apa yang Pemilik Restoran Ini Iakukan Buat Ramai KAGUM

Dalam kekecohan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, sesuatu yang ‘sangat Malaysian’ telah berlaku dan membuka mata banyak pihak akan nilai muhibbah dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Menerusi perkongsian Michelle Ng yang merupakan Adun Subang Jaya di Twitter, seorang peniaga restoran di USJ 17 ini dengan rela hati telah sponsor makanan kepada abang polis yang bertugas di kuil tersebut pada malam semalam.

Perhati anggota polis tak cukup makan kerana terlalu sibuk, sponsor makan 3 kali sehari

Menurut Michelle, peniaga di restoran Sri Melur ni kesian tengok abang polis kita terlalu sibuk bertugas sampai tak cukup makan. Lalu dia pun sponsor lah makanan pada malam semalam. Baiknya hati dia!

Malah dengarnya bukan semalam je uncle baik hati ni sponsor makan, hari ini pun dia akan sponsor sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Wow! Lega hati keluarga abang polis ni kalau tahu.

“Well done Sri Melur! Inilah budaya Malaysia” 

Rata-rata netizen yang mengikuti posting ni memang salute abis la dengan uncle Sri Melur tersebut yang ketepikan unsur perkauman dan lain-lain serta mempromosikan budaya Malaysia yang hidup muhibbah sesama kita.

Manikam Kalbu – Ini lah 1 Malaysia yg kita mahukan. Tq restaurant owner

Dik Yan – Camni lah yg kita nak, xyah ler gaduh2 bagai wat pe ? If de pape tu bincang elok, xtau tanya elok2, kita ni sume sama je 1 bangsa 1 negara just beza agama je…kan 1 MALAYSIA

MohdRayzo – Terima kasha uncle…salute …

Shahfiq – This is MALAYSIA ! i’m crying rn. HAHAH

cocojelly34 – Tq Sri Melur! This is truly Malaysia!

farah zain – that’s my favourite restaurant for breakfast. Well done Sri Melur

iya iya la – Yinni la budaya Malaysia. Good gesture

siti – crying because this is truly malaysian people !

M. Nizam Mansur – Terbaik. Peace. Love. Unity

Penduduk berbilang kaum di Subang Jaya juga bantu salur keperluan untuk polis yang bertugas 24 jam di kuil 

Selain daripada uncle Sri Melur, Michelle juga berkongsi aktiviti penduduk Subang Jaya dari pelbagai kaum yang turun hulur bantuan kepada anggota polis yang bertugas 24 jam di kawasan sekitar kuil. Terharu admin tengok sikap perpaduan macam ni!

This nation needs to heal, and Subang Jaya will do its part. Residents – Malay, Chinese, Indian – Malaysians – joined me…

Posted by Michelle Ng Mei Sze 黄美诗 on Wednesday, November 28, 2018

Marilah kita sama-sama bersatu hati dan buang jauh-jauh sikap perkauman tu dari diri masing-masing. Paling penting, kita doakanlah saudara Adib cepat sembuh. Amin…

Sumber dan Kredit : Lobak Merah Olahan Semula KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*