Sajat Tertinggal Sesuatu Amat Penting Selepas Nama Sebenar Didedahkan. Ini Alasan Dia

Satu kes melibatkan Nur Sajat di mahkamah telah menarik perhatian ramai. Kes berkenaan di bawah Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 menarik perhatian hari ini apabila Mahkamah Sesyen mendedahkan nama lelaki usahawan kosmetik itu.

Kejelitaan Nur Sajat sering menjadi sebutan ramai di ketika ini kerana status jantinanya yang masih menjadi tanda tanya. Isu tersebut bertambah hangat apabila sebuah akhbar tempatan telah melaporkan secara terang-terangan nama sebenar Sajat iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Menerusi akhbar tersebut, difahamkan Sajat ditemui di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Sebelum ini, nama sebenar Nur Sajat pernah beberapa kali menjadi heboh dikalangan netizen. Bagaimanapun  Sajat menafikan akan kebenaran spekulasi tersebut. Menurut Sajat, penularan itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab daripada pihak tertentu yang kurang senang melihat kejayaannya.

Nama lelaki ‘Nur Sajat’ adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman walaupun usahawan tersebut berterusan mendakwa dia adalah wanita.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad memakai baju berwarna merah ketika tiba di mahkamah sekaligus mencuri perhatian ramai.

Ini fotonya:

Nur Sajat yang kini berumur 33 tahun kemudiannya mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata di bawah akta berkenaan dan didenda RM900 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah terkumpul denda adalah RM2,700.

Hakim Rofiah Mohamad turut memerintahkan Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 33, dikenakan hukuman penjara enam minggu jika gagal membayar denda itu.

Terdahulu, dia yang mengusahakan perniagaan kosmetik dan emas mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.

Mengikut semua pertuduhan, Nur Sajat didakwa gagal mengemukakan penyata perniagaan kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia mengikut cara yang ditetapkan sepanjang 1 April 2015 hingga 30 Jun 2015, 1 Oktober 2015 hingga 31 Disember 2015 dan 1 Januari 2016 hingga 31 Mac 2016.

Semua perbuatan itu dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kelana Jaya pada 22 Oktober 2015.

Mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014, ‘Nur Sajat’ boleh didenda maksimum RM50,000 bagi setiap pertuduhan.

“Saya Tidak Bawa IC Sebab Baru Balik Dari Luar Negara”

Usahawan terkenal, Nur Sajat atau nama sebenar, Muhammad Sajjad Kamaruzaman gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalannya ketika dipanggil mahkamah untuk dibaca pertuduhan.

“Saya tidak bawa ic (MyKad) sebab baru balik dari luar negara,” katanya ketika hadir ke mahkamah diatas siang tadi bagi pendakwaan gagal membayar cukai di mahkamah Shah Alam.

Bagaimanapun prosiding tetap diteruskan apabila pihak pendakwa menyerahkan salinan kad pengenalan Sajat kepada mahkamah. Terdahulu Sajat mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST.

Prosiding pendakwaan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pendakwa. Dalam prosiding itu Sajat menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Sumber : Rotikaya, Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*