Salah Tetap Salah Dan Tiada Kena Mengena Dengan Bangsa. Lelaki Ini Selar Road Bully Dan Orang Yang Hanya Tengok

Baru baru ini tular di media sosial tentang seorang lelaki bertindak agresif sehingga menyebabkan kerosakan kereta orang lain. Perkara ini diambil oleh pihak polis.

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian pemandu kereta bertindak samseng dengan menendang cermin sisi sebuah kenderaan dan merampas telefon bimbit penumpang hadapan berhampiran pusat membeli belah Queensbay dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A Anbalagan berkata, lelaki berusia 30 tahun dan bekerja sebagai operator kilang di Bayan Lepas itu ditahan di Teluk Kumbar, dekat sini pada 12.15 tengah hari ini.

“Dalam kejadian 6.50 petang semalam, mangsa bersama isteri dan dua anaknya menaiki kereta jenis Toyota Camry apabila tiba-tiba terdengar bunyi hon berulang kali dari arah belakang kereta dipandunya sebelum mendapati kereta itu berada di sebelah kirinya.

“Pemandu kereta jenis Proton Saga BLM itu membuka cermin tingkap kenderaannya dan memukul cermin sisi kereta mangsa sebelum dia memberhentikan kenderaan di hadapan (kereta mangsa) secara tiba-tiba. Kedua-dua mereka memberhentikan kereta masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Image may contain: car

Beliau berkata pemandu kereta itu keluar dari kenderaannya dan menendang cermin sisi kereta mangsa serta merampas telefon bimbit isteri lelaki tersebut.

“Wanita itu meminta semula telefon bimbitnya tetapi lelaki berkenaan (pemandu kereta) menarik rambut isteri mangsa sebelum orang ramai datang meleraikannya dan pemandu kereta terbabit menyerahkan semula telefon berkenaan,” katanya.

Beliau berkata berikutan kejadian itu, jari kiri wanita itu mengalami bengkak dan cermin sisi keretanya turut patah. – Bernama

Lelaki Ini Tidak Puas Hati Dengan Perangai Pembuli Jalan Ini

Lelaki yang bernama Selva Kumar telah muat naik 1 video tentang kes road bully ini. Dia meluahkan perasaan tidak puas hati di profile facebook dia sendiri.

Selva Kumar juga menyelar orang yang berada di tempat kejadian kenapa tidak beri pertolongan sehingga berlaku perkara tidak sepatutnya. Jika ianya dihalang munkin perkara ini tidak berlanjutan.

Video Kejadian

By : KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*