Sangat ‘Sweet’ Pasangan Suami lsteri Warga Emas ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ Ini Ungkap Cinta, Buat Ramai Rasa Bahagia

Isu ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ sememangnya menjadi topik yang paling kerap dibincangkan sejak sebelum Syawal lagi. Mana tidaknya, serangan demi serangan yang dilakukan oleh ʀᴇᴊɪᴍ ᴢɪᴏɴɪꜱ kepada mereka membuatkan ramai yang berasa geram.

Namun, disebalik khabar-khabar duka itu, pasti kita akan lebih mengenali mengenai  berkenaan negara terbabit serta masyarakatnya.

Tular di media sosial

Ada sahaja mengenai kisah kehidupan masyarakat di ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ menjadi sorotan media sehingga tular dimedia sosial.

Salah satunya perkongsian sedutan video temubual pasangan suami isteri warga emas di sana yang sangat sweet sehingga mendapat pujian ramai warganet.

Sudah 58 tahun berumah tangga

Pasangan suami isteri itu dikenali sebagai Mohamed dan Khadijah sudah 58 tahun berumah tangga. Sebelum ini mereka tinggal di Perkampungan Al-Na’ani ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ namun kini mereka berada di kem pelarian di Jordan.

Dalam perkongsian yang tular itu, mereka saling memuji dimana Khadijah memaklumkan suaminya adalah lelaki yang sangat kacak. Manakala, Mohamed menyatakan yang isteri tercinta adalah wanita yang tercantik dan bijak serta tidak ada siapa boleh menyakitinya.

@falastiniyeh2020

Mohammed & Khadijah have been together for 58 years. Both are from the village of Al-Na’ani in Palestine, but live in a refugee camp in Jordan. #fyp

♬ original sound – Falastiniyeh2020

Selain itu mereka juga mengucapkan saling menyayangi antara satu sama lain dan masing-masing tersenyum bahagia menceritakan keistimewaan antara mereka berdua.

MasyaAllah, TabarakAllah!

Akaun media s0sial yang memuat naik video tersebut telah menerima pelbagai komen positif melihat pasangan Mohamed dan Khadijah ini.

Mereka nyata berasa begitu gembira dan sangat bahagia melihat pasangan warga emas ini tetap tersenyum dan saling mencintai walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan disebabkan menjadi pelarian.

Semoga terus bahagia

Sukar percaya, tapi perkahwinan bahagia memang wujud

Suka tengok mereka berdua

Sumber: maari_iq@falastiniyeh2020 via Borakdaily

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*