Ini Rupanya Sebab Pemandu Honda Sanggup Lenyek “Clamp” Sewaktu Undur Kereta

PARKIR di kawasan tidak sepatutnya sememangnya sudah menjadi suatu kesalahan. Hal ini turut membuatkan pihak penguasa di sesetengah kawasan memilih untuk clamp tayar kereta pengguna sebagai denda melakukan kesalahan.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pemandu Honda CR-V ini secara berkeras tidak mahu membayar denda clamp bernilai RM50 sekaligus memilih untuk mengundur kereta dalam keadaan tayar dikenakan clamp.

Rakaman yang tular

Tindakan pemandu Honda CR-V ini mengundur kereta bersama clamp pada tayar bukan sahaja merosakkan clamp berkenaan, malah dapat dilihat beberapa komponen pada kereta juga turut terkesan termasuk fender kereta berkenaan yang mengalami kerosakan serius.

Video yang tular di media sosial ini nyata membuat para netizen terkejut dan terkesima melihatkan pemandu CR-V berkenaan mampu ‘berjimat’ dengan lebih banyak. Berikut merupakan antara respon netizen mengenai tindakan pemandu CR-V ini.

Diharap situasi ini tidak lagi berulang kerana mampu mengundang kepada lebih banyak kerosakan buat kereta berkenaan. Selain itu, orang ramai diingatkan untuk tidak parkir kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan bagi mengelakkan tayar kereta dikenakan clamp.

Sumber/Kredit: mediaviral dan OMM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*