“Satu Malaysia Kena Tipu!” – Tular Video Satu ‘Makhluk’ Nyanyi Atas Pokok Rupanya Bukan Hantu

Bagi korang yang up-to-date dengan isu-isu viral ni, mesti korang ada tertengok satu video baru-baru ni yang menunjukkan satu ‘makhluk’ dilihat berdiri di puncak rimbunan pokok sambil melakukan aksl pelik. Macam menyanyi pun ada gak! 

“Manusia ke? Tapi berdiri pun macam hujung-hujung sangat macam tak mungkin ataupun ji n?”

Sekilas pandang, ramai yang curiga makhluk ni manusia ke, bunian ke atau hantu ke… macam-macamlah bermain di dalam fikiran. Siap ada yang cakap, kejadian ini berlaku di Gunung Ledang dan netizen rata-rata naik bulu roma bila melihatnya.

Aiii min dengar sound video ni pun rasa seram! 

Sumber: Twitter

“Ternyata korang satu dunia kena tipu, video asal dari negara India”

Dalam kecoh macam-macam cerita keluar, siap ada yang kaitkan dengan Puteri Gunung Ledang… rupanya menerusi perkongsian di Facebook Geng Viral Melaka, video tersebut berasal dari negara India.

Malah lebih melucukan, video tersebut tak ada kena mengena langsung dengan perkara mistik pun. Ia video berkaitan seorang wanita yang hanya nak tunjuk kebolehannya menari atas pokok. 

Sumber: Facebook

Nah tengok video penuh kat sini:

“Hanat betol kena kencing… kata puteri gunung ledang konon”

Rata-rata netizen memang rasa tertlpu habis lah, siap ada yang tengok berkali-kali sebab nak pastikan sama ada ‘makhluk’ terbabit bunian atau makhluk halus lain. Haih sabar jelah ye, kita semua kena troll ramai-ramai. 

Sumber: Facebook

Haih sebab tu lah berkali-kali min ingatkan korang, jangan sebar video kalau tak tau kesahihannya. Aduh kesian semua kena tipu beramai-ramai. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Lepat Pisang

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*